Langgan newsletter kami!
Biodata Ayra Messi

Biodata Ayra Messi

Siapakah dia gadis cantik yang dipanggil Ayra Messi ini? Adakah nama Ayra Messi ada kaitan dengan Lionel Messi? Ya tepat sekali. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mendapat gelaran Ayra Messi disebabkan terlalu meminati pemain bola sepak lagenda Argentina, Lionel Messi.

Menurut Ayra, beliau mengagumi Messi sejak 2007 lagi yang mana ketika itu Messi masih bermain untuk pasukan Barcelona. Kini Messi telah berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) namun Ayra tetap terus menyokong pemain yang digelar sebagai GOAT (Greatest Of All Time) itu.

“Saya mula minat Messi sejak berusia 10 tahun. Masa itu, saya jadi obses sehingga sanggup buat penyelidikan tentang Messi”

Kenapa Ayra Messi dikenali ramai? Menurut Ayra, dia mula dikenali peminat selepas terlibat dalam klip video lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi. Namun begitu, walaupun bukan seorang pelakon, wajah cantiknya kerap menghiasi iklan dan peragaan jenama terkenal termasuklah La Mer, Rico Rinaldi, Jovian Mandagie dan Fa­shionValet. Untuk makluman, gadis cantik berkulit putih gading ini adalah seorang model dengan gaya fesyen hijab.

Biodata Ayra Messi

  • Nama Penuh: Nur Shakirah Shah Kirit
  • Nama Gelaran: Ayra Messi
  • Asal: WP Kuala Lumpur
  • Umur: 26 tahun (2023)
  • Tarikh Lahir: 6 Mei 1997
  • Jantina: Perempuan
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Universiti Kuala Lumpur
  • Pekerjaan: Model dan Personaliti Media Sosial
  • Instagram: @ayramessi
  • Twitter: @AyraMessi

Perkara Menarik Tentang Ayra Messi

  • Mula terlibat dalam dunia modelling sejak di tingkatan empat iaitu pada 2014 dengan menjadi model pa­kaian dan produk penja­gaan kulit.
  • Pernah menjadi model iklan untuk Honda, Huawei, La Mer, Rico Rinaldi, Jovian Mandagie, Rexona dan Fa­shionValet.
  • Pernah menolak tawaran berlakon kerana ingin memberi fokus kepada bidang pelajaran.
  • Namun begitu, pernah berlakon sebagai watak tambahan dalam drama Tarik Aku Ke Syurga lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam.
  • Mula dikenali peminat selepas berlakon dalam muzik video lagu “Di Matamu” nyanyian Sufian Suhaimi.
  • Mengamalkan rutin harian yang ketat untuk kekal cantik iaitu pengambilan makanan kurang gula dan bersihkan solekan secara double cleansing.
  • Mempunyai hobi membuat kek dan biskut.
  • Dikatakan menjalin hubungan cinta dengan jejaka bernama Bakhtiar Ikhwan yang juga seorang model dan dikenali sejak tahun 2016.
  • Merupakan adik kepada personaliti media sosial, Tasnim Shah atau nama penuh Nur Tasnim Shah Kirit.

Ayra Messi Cantik

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: