Home / Hiburan / Biodata Ezza Yusof, Gadis Cantik Milik Remy Ishak
Gambar Ezza Yusof

Biodata Ezza Yusof, Gadis Cantik Milik Remy Ishak

Tanggal 1 Mei 2017 mencipta kenangan terindah buat Ezza Yusof apabila mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati, pelakon kacak terkenal, Remy Ishak.

Majlis pertunangan berkenaan diadakan di kediaman Ezza Yusof di Pahang. Menariknya, berita baik ini mula tular dan sensasi di laman sosial apabila Ezza Yusof memuatnaikkan gambar pertunangan di Instagram miliknya. Setakat ini, mereka berdua masih merahsiakan tarikh perkahwinan mereka.

Apa-apa pun, kami di Azhan.co ingin mengucapkan tahniah buat Ezza dan Remy serta mendoakan agar perhubungan ini kekal dan bahagia sepanjang hayat.

Untuk pengetahuan pembaca, Ezza Yusof merupakan pemilik perniagaan kasut wanita dan kasut pengantin iaitu @2morrowbridestory serta @2tomorrowmy. Jom kita berkenalan dengan usahawanita cantik ini.

Biodata Ezza Yusof

  • Nama Penuh: Roszaliza Yusof
  • Nama Komersil: Ezza Yusof
  • Tarikh Lahir: 23 April 1983
  • Umur: 34 Tahun (2017)
  • Zodiak: Aries
  • Asal: Pahang
  • Kerjaya: Ahli Perniagaan
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Instagram: instagram.com/ezzarl

Trivia Menarik Ezza Yusof

  1. Mula mengenali Remy Ishak sejak tahun 2013.
  2. Mempunyai dua anak angkat bernama Dania dan Damia.
  3. BFF kepada aktres cantik, Nad Zainal.
  4. Seorang yang sangat menggemari fesyen dan selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels di Instagram miliknya.
  5. Merupakan Pengarah Urusan Roistz Labels.
  6. Mula menggenakan hijab pada Februari 2017 lalu.
  7. Mempunyai lebih 11,000 pengikut di Instagram miliknya.

Anak Angkat Ezza Yusof

Ezza Yusof Sedapnya Puding Raja Pahang

Gambar Ezza Yusof Di Majlis Pertunangan Dengan Remy Ishak

Gambar Remy Ishak Dan Kekasih Ezza Yusof

Carian Berkaitan: ezza yusof, biodata remy ishak, biodata tunang remy ishak, remy ishak tunang

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

  1. Tahniah Remy Ishak. Anda berhak dapat yang terbaik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: