Langgan newsletter kami!
Fadza Anuar Dan Vivy Yusof

Biodata Fadza Anuar, Suami Vivy Yusof dan CEO FashionValet.com

Jika anda peminat setia program Love, Vivy yang ditayang di Astro Ria 104, pastinya anda mengenali pemuda bernama Fadza Anuar ini. Fadza Anuar atau nama lengkapnya Fadzarudin Shah Anuar merupakan suami kepada pengasas FashionValey.com iaitu Vivy Yusof.

Di FashionValey.Com, Fadza berperanan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serta mengendalikan hal-hal berkaitan operasi bisnes, menjaga kewangan dan berurusan dengan pereka-pereka fesyen. Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, FashionValet.com kini menjadi hab membeli-belah di atas talian yang menjual pakaian dan barangan fesyen berjenama terkemuka di Asia Tenggara.

Biodata Fadza Anuar

Trivia Menarik Fadza Anuar

  1. Graduan Master dalam Kejuruteraan Aeronautik di Imperial College London.
  2. Menamatkan zaman solonya dengan Vivy Yusof pada Julai 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.
  3. Sebelum bekerja di FashionValet.com, Fadza pernah bekerja sebagai penasihat pengurusan di sebuah syarikat antarabangsa dan sangat berminat dalam dunia perniagaan e-dagang.
  4. Seringkali dijemput untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang bisnes di universiti dan acara-acara keusahawanan.
  5. Fadza dan Vivy pernah memenangi rancangan MYEG Make The Pitch musim kedua dan membawa pulang RM1 juta.
  6. Fadza dan isterinya juga turut dijemput menjadi juri dalam program #MyUberPitch yang dianjurkan oleh syarikat khidmat pengangkutan, Uber Malaysia.
  7. Diiktiraf sebagai salah seorang daripada Augustman Men of The Year pada tahun 2015.
  8. Mempunyai 150,000 pengikut di Instagram miliknya.

Fadza Anuar Dan Anak Perempuannya

Fadza Anuar Dan Anak Anak

Fadza Anuar Dan Vivy Yusof Bergambar Bersama Tun Mahathir

Foto Romantik Fadza Anuar Dan Vivy Yusof

Gambar Family Fadza Anuar & Vivy Yusof Bercuti Di Luar Negara

Selfie Fadza Anuar Dan Vivy Yusof

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

  1. Assalammualaikum dan salam ukhuwah Tuan Fadzarudin Shah Anuar..Tahniah saya ucapkan atas kejayaan Tuan sehingga ke tahap ini..Saya Muhammad Marwan B Zulkifly..Doakan saya juga Berjaya dan membantu orang kita diluar sana..aminnnn..Alhamdulillah, sekarang saya dipilih menjadi Agen Sepenuh Masa dari Prudential Bsn Takaful..Hajat saya disini adalah untuk mendapatkan “appointment” dengan Tuan untuk menawarkan Pelan Takaful “HIBAH”..Pelan “HIBAH’ yang saya tawarkan kepada Tuan ini sangat bermanfaat untuk Tuan dan keluarga Tuain..Saya berharap saya diberi peluang untuk mendapatkan “appointment” dengan Tuan pada waktu dan tempoh tertentu untuk saya kongsi kenapa HIBAH ini penting dan sangat memberi manfaat kepada keluarga..

    Maklumat saya :-

    MUHAMMAD MARWAN B ZULKIFLY
    017 677 6956
    [email protected]
    fb saya —> https://www.facebook.com/ewan.ganu1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: