Langgan newsletter kami!
Cover

Biodata Fatin Afeefa

Fatin Nur Afifah binti Shamsudin atau lebih dikenali dengan nama Fatin Afeefa merupakan seorang selebriti yang tidak asing di Malaysia. Gadis cantik ini mula dikenali peminat melalui lakonan ketika zaman kanak-kanak dalam filem komedi Tentang Bulan pada akhir tahun 2006.

Filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham ini turut dibarisi oleh pelakon kanak-kanak yang lain ketika itu seperti Aedy Ashraf dan Erin Malek. Ketika menjayakan filem tersebut, Fatin Afeefa yang memegang watak sebagai Ila masih lagi bersekolah rendah. Jom semak biodata Fatin Afeefa seperti di bawah.

Biodata Fatin Afeefa

  • Nama Penuh: Fatin Nur Afifah binti Shamsudin
  • Nama Pentas: Fatin Afeefa
  • Tarikh Lahir: 13 Julai 1994
  • Umur: 29 tahun (2023)
  • Tempat Lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Model dan Penyanyi
  • Pasangan:
    – Adam Shahz (kahwin 2013-2017)
    Aliff Awang (kahwin 2022)
  • Anak: 2 orang
    – Adam Aisy Arrian @adamaisyarrian – lelaki
    – Ivy Herra Sophia – perempuan
  • Filem: Tentang Bulan (2006), 9 September (2007), Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Fatin (2008), Kampung Drift (2016), Volkswagen Kuning (2016), Hospital (2017), Showtime 1958 (2022)
  • Telefilem: Korban Penunggu Hospital (2018), Ara (2020), Kisah Seram Hospital (2020), Nafsu Mental (2022)
  • Drama: Red Velvet, Semusim Rindu, Kekasih Paksa Rela, Bimbi & Bonni Misi 007, Monalisa, Jodoh-Jodoh Annisa, Asalkan Dia Bahagia, Cindai, The Gadis, You Kat…?, Ganjil
  • Media Sosial:
    – Tiktok: @fatinafeefa8
    – Instagram: @fatinafeefa

Fakta Menarik Tentang Fatin Afeefa

  • Mula berjinak-jinak sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur lapan tahun iaitu sejak 2002.
  • Antara penampilan awal beliau adalah dalam drama Maksimum di TV3.
  • Membintangi filem pertama berjudul Tentang Bulan hasil arahan Ahmad Idham yang turut menampilkan pelakon kanak-kanak ketika itu iaitu Aedy Ashraf, Erin Malek dan Nik Adruce.
  • Beliau juga membintangi beberapa buah filem lain ketika sudah semakin dewasa iaitu Kampung Drift pada 2016 yang turut dilakonkan oleh Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip.
  • Selain itu, beliau juga terlibat dengan filem seram bertajuk Volkswagen Kuning yang ditayangkan di pawagam pada 22 September 2016.
  • Pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun perkahwinan pertamanya tidak didedahkan perinciannya.
  • Menerusi perkahwinan pertama, Fatin Afeefa memiliki seorang anak, Adam Aisy Arrian.
  • Berkahwin kali kedua dengan Adam Shahz atau nama sebenar Nor Shah Azli Abdol Ghani pada 21 Disember 2013 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 30 Mei 2017.
  • Menerusi perkahwinan kedua, Fatin Afeefa memiliki seorang anak perempuan iaitu Ivy Herra Sophia.
  • Berkahwin kali ketiga dengan Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai pada 30 Disember 2022.

Biodata Fatin Afeefa (Dan Anak Anak)

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: