Langgan newsletter kami!
Hazlin Hussain Cantik Berhijab

Biodata Hazlin Hussain, Pengacara 999 (TV3)

“Ingat, jenayah membawa padah!”

Pesanan itu selalu diungkapkan wanita bernama Hazlin Hussain dalam rancangan kepolisan terbitan TV3 iaitu 999 yang kini disiarkan setiap Selasa bermula 9.00 malam. Menerusi 999, namanya mulai mekar dan semakin dikenali penonton.

Selain bergelar penyampai berita di slot Berita Terkini dan Buletin Utama, figura cantik manis yang mesra disapa Lin ini juga mengendalikan program Malaysia Hari Ini (MHI) bersama pengacara hebat, Ally Iskandar dan Ahmad Fedtry Yahya.

Jom kita berkenalan dengan lebih dekat dengan wanita kelahiran Selangor ini.

Biodata Hazlin Hussain

  • Nama Penuh: Hazlin Hussain
  • Nama Komersil: Hazlin Hussain
  • Nama Panggilan: Lin
  • Tarikh Lahir: 16 Disember 1983
  • Umur: 34 Umur (2017)
  • Asal: Kajang, Selangor
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Mior Abdul Malek Raiyani
  • Kerjaya: Penyampai Berita dan Pengacara
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Facebook: www.facebook.com/hazlinhussain369
  • Instagram: www.instagram.com/hazlinhussain

Trivia Menarik Hazlin Hussain

  • Merupakan finalis program pencarian bakat terbitan TV9 iaitu Gadis Melayu musim kedua.
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Perbankan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
  • Mula mengenakan hijab pada tahun 2014.
  • Ingin menjadi seorang pendidik jika tidak terlibat dengan dunia penyiaran televisyen.
  • Menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati iaitu Mior Abdul Malek Raiyani pada 13 Disember 2015. Mereka mengikat tali pertunangan pada 8 Mac 2015.
  • Suaminya merupakan rakan sekerjanya (wartawan dan pembaca berita) di TV3.
  • Hazlin Hussain dan suaminya sudah berkawan lebih 10 tahun sejak berkenalan di UUM.
  • Pernah diugut oleh individu tertentu sehingga ingin mencederakan dirinya ketika di awal mengacarakan program 999.
  • Mempunyai hampir 50,000 pengikut di Instagram miliknya.

Hazlin Hussain Cantik Berhijab

Gambar Perkahwinan Hazlin Hussain 999

Hazlin Hussain Kini Bertudung

Foto Hazlin Hussain Dan Suami

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: