Langgan newsletter kami!
Gambar Jaslin Puasa Berbaju Melayu Tradisional

Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas

Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa tidaklah gah seperti rakan-rakannya iaitu Kamal Adli, Fizo Omar dan Ammar Alfian di persada seni hiburan tanah air. Jika yang lain cuba menempa nama di lapangan seni, Jaslin mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya di menara gading terlebih dahulu.

Selepas tamat pengajian, anak jati Johor ini mula fokus dengan kerjayanya dalam bidang rekaan hiasan dalaman dan fotografi serta aktif sebagai model sambilan untuk iklan komersil dan majalah fesyen. Nama aktor kacak ini mula mencuri tumpuan para peminat apabila membintangi drama bersiri Abang Bomba, I Love You bergandingan dengan Hisyam Hamid dan Amira Othman yang telah disiarkan di Astro tidak lama dahulu.

Kini beliau muncul dengan buat tangan terbaharunya iaitu drama Seharum Mawar yang sedang ditayang di TV1 (RTM) bermula 7.00 malam setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini.

Biodata Jaslin Puasa

  • Nama Penuh: Mohd Jaslin Puasa
  • Nama Komersil: Jaslin Puasa
  • Tarikh Lahir: 26 Jun 1987
  • Umur: 30 Tahun
  • Asal: Kota Tinggi, Johor
  • Keluarga: Anak kesepuluh daripada 11 adik-beradik
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model Sambilan, Pereka Hiasan Dalaman dan Jurugambar
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kelab Peminat: Jaslin Puasa Official FC
  • Drama/Telefilem: Seharum Mawar, Keluarga Pontimau, Ramadan Terakhir, Abang Bomba I Love U, Awan Dania, Cendana, Tasbih Putih, Buat Tatapan Tercinta, Tanah Kubur, Skizo, Terowong dan banyak lagi.
  • TV Hos: Etnik Bumi (RTM)
  • Facebook: facebook.com/jaslinpuasa
  • Twitter: twitter.com/jaslinpuasa
  • Instagram: instagram.com/jaslinpuasa

Trivia Menarik Jaslin Puasa

  1. Merupakan graduan jurusan Diploma Arkitektur dan Senibina (Rekaan Dalaman) dari Universiti LimKokWing.
  2. Merupakan antara tiga orang pelajar cemerlang generasi baharu Felda yang mendapat Anugerah Emas untuk kategori Kreativiti dan Inovasi di majlis graduasinya.
  3. Merupakan anak jati Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor.
  4. Pernah merekabentuk hiasan dalaman untuk Burger King, Hotel Sheraton, Menara Rebung TM, Hotel Le Meridien dan banyak lagi.
  5. Mempunyai syarikat rekaan dalaman sendiri iaitu Intee Design Studio.
  6. Menjalankan bisnes fotografi, videografi dan rekaan grafik bersama rakan-rakannya yang dikenali sebagai Akugraphy.
  7. Sangat menggagumi bakat dan aura dua pelakon hebat tempatan iaitu Aaron Aziz dan Bront Palarae.
  8. Pernah viral di media sosial apabila dikecam netizen gara-gara menggayakan koleksi kurta yang rekaannya menyerupai baju kurung pada tahun 2016.
  9. Mempunyai hampir 40,000 pengikut di instagram miliknya.

Gambar Jaslin Puasa Berbaju Melayu Tradisional Jaslin Puasa Dan Amira Othman Abang Bomba I Love You Balik Raya Jaslin Puasa Hero Melayu Berbadan Sasa Jaslin Puasa Yang Handsome

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: