Nama Lia Natalia menjadi popular selepas bergelar finalis Pilih Kasih musim ke-2 dan sejak itu undangan untuk berlakon dalam drama TV tak pernah putus. Pelakon yang memiliki wajah yang cantik ini memiliki pakej yang lengkap kerana juga sangat berbakat dalam bidang lakonan. Antara lakonannya yang sering disebut adalah menerusi drama Istikharah Cinta di TV3 yang mana Lia Natalia membawa watak isteri yang diabaikan suami. Terbaru, beliau tampil dalam drama Di Pintu Syurga. Moga terus sukses.

Jom kita berkenalan lanjut dengan pelakon dari Sabah ini.

Biodata Lia Natalia

  • Nama Penuh: Alia Afiqah Binti Abden
  • Nama Artis: Lia Natalia
  • Tarikh Lahir: 12 November 1992
  • Umur: 25 tahun (2017)
  • Asal: Tawau, Sabah
  • Keluarga: Anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Model dan Pelakon
  • Filem/Drama: Azura, Pautan Kasih Rebecca, Cerciter Cinta, Dendam Sundel Bolong, Ekspedisi Cinta, Cinta Gadis Igal 2, Kitab Cinta, Inspirasi Varsiti, Kisah Kita, Sepilok Cinta, Boona Boonie, Khurafat The Series, Roda-Roda Kuala Lumpur, Metro Skuad, Keluarga Iskandar, Mana Hilangnya Juwita, Dan Bila Esok, Annissa, Tanggang Ayu, Terlanjur Cinta, Istikah Cinta, Di Pintu Syurga
  • Fanclub: Familia_Official & Familia_Sabah
  • Instagram: https://www.instagram.com/lia_natalia
  • Twitter: https://twitter.com/lianatalia_alia
  • Facebook: https://www.facebook.com/Lia.Natalia.Alia
  • Email: lianatalia.alia [at] gmail.com

Perkara Menarik Tentang Lia Natalia

  1. Berdarah kacukan yang mana nenek moyangnya berasal dari Australia.
  2. Mengamalkan minuman teh herba setiap kali selepas makan nasi untuk memudahkan proses nyah toksin dalam badan dan kekal langsing.
  3. Pertama kali menjejak kaki dalam dunia lakonan menerusi sebuah telefilem berjudul Pautan Kasih Rabecca dan filem Azura 2011 arahan Aziz M.Osman.
  4. Sebelum aktif berlakon, Lia banyak menyertai majlis peragaan fesyen dan menjadi model untuk butik pengantin.
  5. Pernah mengikuti kelas tarian sewaktu belajar di tingkatan tiga hingga lima di sekolah menengah tetapi terhenti setakat itu.

Gambar Comel Lia Natalia

Gambar Aleza Shadan Dan Lia Natalia Bertudung Sangat Cantik

Gambar Lia Natalia Bertudung Cantik Persis Gadis Melayu

Artis Cantik Dan Manis Lia Natalia

Comel Lia Natalia Bergambar Selfie

Gaya Muslimah Comel Dan Cantik Lia Natalia

Foto Lia Natalia Mantap Bertudung

Carian Berkaitan: lia natalia, biodata lia natalia, lia natalia biodata, bertudung mantap