Langgan newsletter kami!
Mell Sakura Band Header

Biodata Mell, Vokalis Sakura Band

Berbicara tentang Sakura Band, pastinya ada peminat diluar sana keliru dan mengatakan band tersebut berasal daripada negara seberang.  Salah! Sakura Band merupakan kumpulan baharu yang semakin melonjak naik dalam arena muzik tempatan.

Kumpulan yang dianggotai lima anak muda iaitu Mell (vokalis), Ali (gitar pertama), Hanif (gitar kedua), Akai (bass) dan Aboy (drum) ini ditubuhkan pada 1 Oktober 2012 serta merupakan artis pertama naungan syarikat rakaman 6ixth Sense, Puteh Production Sdn. Bhd.

Untuk kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda mengenai biodata vokalisnya, Mell yang cantik itu.

 

Biodata Mell Sakura Band

  • Nama Sebenar: Melly Matius
  • Nama Pentas: Mell
  • Umur: 28 Tahun (2016)
  • Asal: Kota Kinabalu, Sabah
  • Agama: (Ibu Mell memeluk Islam)
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi dan Usahawan
  • Band: Sakura Band
  • Pendidikan: Bachelor of Arts (Major in Dance), Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Lagu: Setelah Hujan, Pelarian, Melepaskanmu, Polaroid dan Yakiniku (2017)
  • Instagram: https://www.instagram.com/mellsakura/
  • Twitter: @MelleyLey
  • Facebook: https://www.facebook.com/MelleyLey/

 

Trivia Menarik Mengenai Mell Sakura Band

  1. Cat Lover. Mempunyai beberapa ekor kucing peliharaan yang diberi nama Marimar, Panda dan Nemo.
  2. Suka melancong.
  3. Suka mewarnakan rambut.
  4. Pernah berduet bersama Fiq Mentor menerusi lagu Setia Hujung Nyawa.
  5. Menjalankan bisnes atas talian iaitu Glam Doll Foundation.

Gambar Sakura Band Gaya Rambut Menarik Mell Sakura Band Glam Doll By Mell Sakura Band Mell Sakura Band Dan Siti Nurhaliza Sakura Band Gambar Comel Mell Sakura Band

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: