Biodata Miera Leyana. Sedar atau tidak, perjalanan anak seni bernama Miera Leyana ini banyak menghiasi kaca televisyen dan layar perak menerusi watak-watak antagonisnya.

Ternyata, watak yang dimainkan oleh figura cantik molek ini menjadi sehingga meninggalkan perasaan geram dan sakit hati apabila menontonnya.

Terkini, filem baharu lakonan anak jati Johor ini berjudul Lebuhraya Ke Neraka yang diarahkan oleh sutradara tersohor negara iaitu Mamat Khalid bakal menjengah pawagan pada 2 Mei 2017 ini.

Jom kita berkenalan dengan wanita berbintang Virgo ini.

Biodata Miera Leyana

  • Nama Penuh: Miera Leyana Binti Kasmi
  • Nama Komersil: Miera Leyana / Miera Liyana
  • Tarikh Lahir: 28 Ogos 1993
  • Umur: 24 Tahun (2017)
  • Zodiak: Virgo
  • Asal: Johor Bahru, Johor
  • Keluarga: Anak kedua dari tiga adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Bujang
  • Drama/Telefilem: Memori Cinta Suraya, Peah Singa, Luna Fantasiku, Kasih Yang Suci, Biar Aku Jadi Penunggu, Kamelia Katrina, Bionik, Ceria-Ceria Cikgu Rubina, Kusinero Cinta, Mat Cia-Cia dan banyak lagi.
  • Filem: Apokalips X, Dendam Orang Minyak, Lebuhraya Ke Neraka, Jangan Pandang-Pandang, Pecah,
  • Twitter: twitter.com/mieraleyana
  • Instagram: instagram.com/mieraleyana
  • Wikipedia: ms.m.wikipedia.org/wiki/Miera_Leyana

Fakta Menarik Tentang Miera Leyana

  1. Sukakan lelaki yang berusia dan pandai menjaga penampilan diri.
  2. Boleh bermain alat muzik seperti piano, organ dan keyboard.
  3. Suka menyimpan batu-batuan seperti Zamrud sebagai koleksi peribadi.
  4. Aktif dengan sukan bermotor drift sejak beberapa tahun lalu.
  5. Gemar bersenam di gimnasium untuk memastikan tubuh badan kekal sihat.
  6. Selain watak antagonis, Miera juga terkenal dengan imej seksinya dan pernah terpalit dengan pelbagai isu kontroversi sebelum ini.
  7. Drama Internet bertajuk Luna Fantasiku merupakan kemunculan sulung beliau di dalam dunia lakonan. Drama ini disiarkan melalui gua.com.my.
  8. Menjadikan Datuk Jalaluddin Hassan dan Zila Bakarin sebagai panduan untuknya bertahan lama dalam bidang seni hiburan.
  9. Aziz M. Osman merupakan insan terpenting yang membawa namanya di persada seni lakon.
  10. Dinobat sebagai Pelakon Pembantu Filem Terbaik menerusi filem Pecah di Anugerah Skrin (ASK) 2013.
  11. Mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram dan hampir 35,000 pengikut di Twitter miliknya.

Gambar Miera Liyana Bertudung

Miera Leyana Dan Siti Saleha Comel Berbaju Uniform Sekolah

Miera Liyana Bersama P.Ramlee

Miera Liyana Bersama Zara Zya Dan Zaharil Adzim

Miera Liyana Di Lokasi Penggambaran Drama

Solekan Cantik Menggoda Miera Liyana

Carian Berkaitan: miera liyana, Artis fantasiku, mieara, Biodata amira lyana