Home / Hiburan / Biodata Nasz Kenyang, Dakwah Dalam Jenaka
Foto Cover Nasz Kenyang

Biodata Nasz Kenyang, Dakwah Dalam Jenaka

Siapakah Nasz Kenyang? Pemuda ini mula dikenali menerusi kreativiti video satu minit yang menyelitkan jenaka yang disulami nasihat dan pengajaran yang ingin disampaikan kepada umum melalui media sosial. Lebih tiga tahun aktif sebagai pembikin video, Nasz gembira kerana karyanya semakin diterima ramai. Malah ada pihak menyedari dan menganggapnya sebagai dakwah.

“Pelakon Along (Cham) pernah beritahu, selain kita dapat pahala sebab buat penonton gembira dan gelak, sekurang-kurangnya mereka dapat sikit ikhtibar daripada nasihat yang saya selitkan. Pandangan itu saya jadikan suntikan semangat untuk hasilkan video yang lebih menarik, menghiburkan dan beri motivasi kepada masyarakat dari semasa ke semasa”

Berkongsi pula tentang di sebalik pilihan nama komersialnya, nama Nasz Kenyang berkait dengan konsep video yang dihasilkan.

“Orang mungkin ingat nama Nazskenyang tu merujuk pada kenyang makanan. Ada juga yang ingat pilihan nama itu sebab gambaran badan saya yang berisi ini. Tapi sebenarnya kenyang itu adalah kenyang ‘makan hati’, sesuai dengan video saya yang menyelitkan mesej nasihat untuk mereka yang jadikan peringatan. Dan selalunya kalau keluar lepak dengan kawan-kawan, saya pesan minuman saja sebab dah kenyang makan di rumah. Jadi dari situ dapat idea nak guna nama tersebut”

Kini, Nasz Kenyang muncul sebagai pelakon dalam telefilem Cubit-Cubit Cinta yang akan ditayangkan pada 21 September 2019 di Astro Citra dan Citra HD. Telefilem ini juga dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Tony Eusoff dan Megat Sharizal.

Biodata Nasz Kenyang

  • Nama Penuh: Mohd. Nazri Md. Alif
  • Nama Komersial: Nasz Kenyang
  • Asal: Johor Bahru, Johor
  • Umur: 23 tahun (2019)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Social Media Influencer
  • Drama/Telefilem: Cubit-cubit Cinta
  • Instagram: @naszkenyang
  • Twitter: @nazskenyang
  • Facebook: @nazs.mdalif
  • Youtube: NK Studio

Keratan Akhbar Tentang Nasz KenyangNasz Kenyang Bersama Pendakwah

Nasz Kenyang NK Studio

Nasz Kenyang Tanpa Solekan Wajah

Nasz Kenyang

Youtuber Popular Nasz Kenyang

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: