Langgan newsletter kami!
Nursyafiq Farhain Anak Saleem Iklim

Biodata Nursyafiq Farhain, Anak Saleem Iklim Yang Viral Di Media Sosial

Biodata Syafiq Farhain (Anak Saleem Iklim) | Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi. Peribahasa itu sangat sesuai buat jejaka bernama Nursyafiq Farhain yang merupakan anak penyanyi popular 90-an, Saleem Iklim apabila video nyanyiannya di aplikasi Smule menjadi tular di media-media sosial penghujung Februari 2017 yang lalu. Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan memberikan reaksi positif dan memuji kelunakan suara anak kelahiran negeri penyu bertelur ini. Paling menarik, netizen turut mendoakan agar pemuda ini mengikut jejak ayahnya sebagai seorang penyanyi satu masa nanti.

Jom kita berkenalan dengan lebih dekat dengan pemuda yang bersuara serak-serak basah ini.

Biodata Nursyafiq Farhain

  • Nama Penuh: Nursyafiq Farhain AM Salim
  • Nama Panggilan: Nursyafiq Farhain
  • Tarikh Lahir: 19 Februari 1994
  • Umur: 23 Tahun (2017)
  • Zodiak: Pisces
  • Asal: Kampung Chalok, Setiu, Terengganu
  • Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
  • Pendidikan: Lulusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi dan Pegawai Bomba
  • Lagu: Sayang Maafkan Aku
  • Facebook: @nursyafiq.farhain
  • Twitter: @syafiqsaleem
  • Instagram: @_syafiqsalim_

Trivia Menarik Nursyafiq Farhain

1. Merupakan anggota bomba dan penyelamat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Johor Bahru.
2. Mempunyai kumpulan muzik yang terdiri daripada anggota bomba dan dikenali sebagai Fire Fingers JDT.
3. Sangat sukakan binatang seperti kucing.
4. Mula menyanyi di Smule penghujung tahun 2016 lalu.
5. Mempunyai kira-kira 25,000 pengikut di Facebook dan 4,000 pengikut di Instagram miliknya.
6. Bercita-cita untuk mengeluarkan lagu duet bersama ayahandanya, Saleem Iklim.

Video Nyanyian Nursyafiq Farhain

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: