Langgan newsletter kami!
Sasqia Dahuri Bertudung

Biodata Sasqia Dahuri, Aktres Antagonis Dari Kelantan

Mempertaruhkan watak antagonis sebagai langkah untuk dirinya dikenali ramai, pencaturan wanita bernama Sasqia Dahuri nyata menjadi.

Memegang watak ‘jahat’ dalam drama Cik Bunga Dan Encik Sombong yang disiarkan di Astro Prima 105 sekitar 2015, nama figura kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu mula menjadi siulan di kalangan peminat drama berantai tempatan. Sejak itu, wanita tinggi lampai berkenaan sering kali muncul dengan watak antagonis dalam drama atau telefilem yang dilakonkannya.

Apa tunggu lagi, apa kata kita berkenalan dengan lebih dengan figura berbintang Taurus ini.

Biodata Sasqia Dahuri

  • Nama Penuh: Nurlisasqia Ahmad Dahuri
  • Nama Komersil: Sasqia Dahuri
  • Tarikh Lahir: 7 Mei 1985
  • Umur: 32 Tahun (2017)
  • Asal: Pasir Mas, Kelantan
  • Keluarga: Anak sulung daripada tiga beradik
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Cyberjaya.
  • Drama/Telemovie: Cinta Koko Coklat, Misteri Wan Peah, Lara Aisyah, Cik Bunga Encik Sombong,  Abamg Bomba, I Love You, Dhia Sofea, Khabar Dari Casablanca, Mencintaimu, Alif Imani, Pujaan Hati Umi, Satu Cinta, Manis, Dendam Semalam, Sepahtu Cinta Plastik, Andaiku Cinta Lagi dan banyak lagi.
  • Filem: Kongsi dan Senario Ops Pocot
  • Facebook: http://www.facebook.com/SasqiaOfficial
  • Twitter: https://twitter.com/SasqiaDahuri
  • Instagram: https://www.instagram.com/sasqiadahuri
  • Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sasqia_Dahuri
  • Kelab Peminat: Sasqia And Friends FC

Trivia Menarik Sasqia Dahuri

  1. Berdarah kacukan Thai-Melayu.
  2. Orly merupakan panggilan manjanya di rumah.
  3. Filem Senario Ops Pocot arahan Ismail Bob Hasim merupakan kemunculan pertamanya dalam industri seni lakonan tanah air.
  4. Drama pertama lakonannya ialah Manis yang disiarkan di Astro Ria 104.
  5. Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti merupakan penyanyi kesukaannya.
  6. Mempunyai masalah gangguan obsesif kompulsif (OCD).
  7. Seorang yang suka memasak terutamanya masakan Thai.
  8. Pandai memandu kereta manual sahaja (pelik!).
  9. Suka pintal-pintal rambutnya jika hendak tidur.
  10. Menjalan bisnes online sendiri iaitu tudung dan minyak wangi di bawah jenama Sadona by Sasqia.
  11. Mempunyai seramai 172,000 pengikut di Instagram miliknya.

 

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: