Langgan newsletter kami!
Foto Syafie Naswip

Biodata Syafie Naswip, Bermula Sebagai Pelakon Kanak-kanak Kini Dewasa

Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak, Mohd Syafie Naswip kini telah lebih 10 tahun bertapak dalam industri seni tanahair. Banyak drama dan filem yang dibintanginya meninggalkan kesan mendalam kepada para peminat. Antaranya adalah dalam filem Songlap yang mana beliau menggondol anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Skrin ke-16 dan Festival Filem Malaysia ke-25 pada 2012.

Sememangnya perjalanan seni beliau masih jauh. Semoga Syafie Naswip yang kini berumur 25 tahun terus sukses dalam bidang lakonan dan terus bersaing dengan pelakon-pelakon baru yang tumbuh bak cendawan. All the best!

Biodata Syafie Naswip

  • Nama Penuh: Mohammad Syafie Bin Naswip
  • Nama Komersial: Syafie Naswip / Shafie Naswip
  • Nama Panggilan: Ayie / P.E.
  • Tarikh lahir: 2 Ogos 1992
  • Umur: 25 tahun (2017)
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Pendidikan: Sekolah Menengah Gombak Setia, Selangor
  • Kerjaya: Pelakon
  • Drama: Sayap Jibril, Sape Dari Itali
  • Telefilem: Impian, Hapus Dosa Semalam, Ilham Suci, Kasih Tak Terucap, Oh My English! Oh My Ganu, S Untuk Syawal, Kembalikan Syawalku, Sakit, Rendang Punya Pasal, Cinta Gred A, Ali (2017), Surat Panjang Untuk Mak (2017)
  • Filem: Mukhsin, Talentime, Songlap, Juvana, Rentap: The Movie, Gangsterock Kasi Sengat
  • Instagram: @syafienaswip
  • Twitter: @SyafieNaswip
  • Facebook: @SyafieNaswipFP
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Shafie_Naswip

Fakta Menarik Tentang Syafie Naswip

  • Mempunyai hobi melukis, menulis blog, berjogging, menyanyi, menari dan berenang.
  • Filem pertama lakonannya dalah Mukhsin (2006).
  • Pembabitan dalam dunia lakonan adalah secara tanpa disengajakan ketika menemani adik saudaranya menjalani uji bakat tetapi akhirnya beliau juga diuji bakat oleh Yasmin Ahmad untuk watak sebagai Mukhsin.
  • Mencatat sejarah sebagai pelakon termuda memenangi anugerah lakonan di Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin pada usia 16 tahun.
  • Syafie Naswip datang dari keluarga yang susah. Jadi, duit hasil dari daripada lakonannya telah disimpan dan separuhnya diberikan kepada ibu bapa.
  • Sering menggunakan motosikal sahaja untuk ke mana-mana.
  • Antara selebriti kegemaran Syafie Naswip adalah Leonardo DiCaprio, Keanu Reeves, Jude Law, Penélope Cruz dan P.Ramlee.
  • Sangat meminati kumpulan WestLife.
  • Antara lagu kegemaran Syafie Naswip adalah Bila Bulan Bicara, Mimpi Yang Tak Sudah, All Rise dan Sorry Seems To Be The Hardest Word.
  • Sangat fobia dengan darah dan pernah pengsan disebabkan terlihat darah yang banyak.
  • Mempunyai darah campuran di mana ayahnya berasal dari Padang, Indonesia sementara ibunya pula berasal dari Sungai Petani, Kedah.
  • Meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 28 sehingga 30 tahun.
  • Pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dan menjadi kekasih pelakon Nadia Brian.

Syafie Naswip Dan Radhi Khalid

Aksi Mesra Syafie Naswip Dan Sweet Qismina

Foto Syafie Naswip

Gambar Syafie Naswip

Gaya Maskulin Syafie Naswip

Image Of Syafie Naswip

Syafie Naswip Buka Baju

Syafie Naswip Handsome Berbadan Sado

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: