Home / Hiburan / Biodata Uyaina Arshad, Pengacara Cantik Nona
Uyaina05

Biodata Uyaina Arshad, Pengacara Cantik Nona

Biodata Uyaina Arshad. Menjuarai Pertandingan Pencarian Nona Manis membuka lembaran baru buat gadis bernama Uyaina Arshad dalam menceburi dunia penyiaran. Ternyata pilihannya untuk menyertai program itu membawa tuah buat anak kelahiran Perak ini bergelar personaliti TV3.

Mengendalikan rancangan Nona dan Wanita Hari Ini, figura cantik ini semakin petah berbicara dan matang apabila beraksi di depan lensa kamera. Jom kita berkenalan dengan pengacara muda ini.

Biodata Uyaina Arshad

  • Nama Penuh: Shaidatul Naseha Uyaina Arshad
  • Nama Komersil: Uyaina Arshad
  • Tarikh Lahir: 1992
  • Umur: 25 Tahun (2017)
  • Asal: Kuala Kangsar, Perak
  • Keluarga: Anak bongsu dari empat adik-beradik
  • Kerjaya: Pengacara dan Model Muslimah
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Host TV: Nona dan Wanita Hari Ini
  • Facebook: facebook.com/UyainaArshad.Official
  • Twitter: twitter.com/UyainaArshad
  • Instagram: instagram.com/uyainaarshad

Trivia Menarik Uyaina Arshad

  1. Merupakan graduan Undang-Undang dari Universiti Malaya (UM).
  2. Aktif berlakon teater ketika menuntut di menara gading.
  3. Ingin melebarkan kariernya sebagai seorang pelakon jika ada tawaran menarik.
  4. Jika tidak menceburi bidang penyiaran, Uyaina akan terlibat dengan dunia undang-undang seperti peguam.
  5. Mula mengendalikan rancangan Nona sejak 2016 menggantikan pengacara sebelum ini iaitu Fauziah Gous.
  6. Mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gadis Melayu Comel Uyaina Arshad

Uyaina Arshad Berhijab

Uyaina Arshad Pengacara Nona

Uyaina Arshad Selfie Dengan Dato Seri Vida

Uyaina Arshad Tanpa Solekan Tebal

Uyaina Arshad Cantik Berbaju Kurung Kuning

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: