Langgan newsletter kami!
Biodata Wafariena Roslan

Biodata Wafariena Roslan, Artis Cantik Dewi Remaja 2019

Baru-baru ini ramai yang bertanyakan tentang siapakah gerangan gadis cantik yang membuat kemunculan singkat dalam telefilem Kisah Seram Hostel. Jadi di sini kami kumpulkan sedikit maklumat dan Biodata Wafariena Roslan untuk rujukan peminat-peminat sekalian. Sebenarnya gadis yang dipanggil Wafa ini bukan sahaja pandai berlakon, malah juga boleh menyanyi dengan baik.

Beliau pernah mengeluarkan single pertama yang berjudul Carilah Aku. Lagu ini merupakan sebuah lagu berentak balada yang dicipta oleh komposer Johari Teh dan liriknya pula hasil nukilan Aryan. Lagu Carilah Aku mengisahkan tentang kisah percintaan yang terpisah disebabkan jarak. Sememangnya, berjauhan dengan pasangan adalah sesuatu yang menyakitkan. Wanita tersebut berharap akan dapat bertemu kembali dengan kekasihnya dan kekal bahagia. Single pertamanya ini telah dilancarkan pada November 2019 yang lalu dan boleh didengarkan melalui Youtube dan di hampir semua rangkaian muzik.

Selain berbakat dalam nyanyian dan lakonan, gadis cantik tinggi lampai ini juga bergiat aktif sebagai model di samping menjadi penghias dalam beberapa buah muzik video dan pernah membintangi filem Buntat. Jom kita lihat profile dan biografi ini seperti di bawah.

Biodata Wafariena

  • Nama: Wafariena Binti Roslan
  • Panggilan: Wafa
  • Asal: Pulau Pinang
  • Umur: 25 tahun (2020)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Model
  • Telefilem: Kisah Seram Hostel
  • Filem: Buntat
  • Lagu / Single: Carilah Aku
  • Instagram (IG): @wafarienaroslan
  • Youtube @Wafariena Official

Fakta Menarik

  • Namanya mula dikenali setelah terlibat dalam program pencarian Dewi Remaja 2019.
  • Terkenal dengan jolokan ‘gadis berdagu belah’ bak Dato Siti Nurhaliza.
  • Seorang yang pemalu.
  • Mula menyanyi sejak berumur 8 tahun.
  • Boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa antaranya Bahasa Cina, Filipina, Thailand dan Bollywood.
  • Mengidolakan penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: