Wajah Zukie Yang Lawak

Biodata Zukie

  • Nama Penuh: Zulkifli Muhammad
  • Nama Popular: Zukie @ Zukieee
  • Asal: Kelantan
  • Umur: 24 Tahun
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Syarikat: Viral Media Sdn. Bhd. (bertujuan mempromosi produk di media sosial)
  • Pekerjaan: Pelakon Video Lucu dan Bekas Penjaga Zoo
  • Pencapaian: Meraih pendapatan dengan membuat video lucu pendek
  • Impian: Berhasrat membuka syarikat pengiklanan untuk membantu perniaga-peniaga memasarkan produk mereka

 

Kisah Kejayaan Zukieee

Idea menghasilkan video-video lucu sudah lama dipendam oleh Zukie, namun tahun lalu barulah beliau mampu membeli sebuah telefon bimbit dengan harga RM300, dan memulakan rancangannya itu.

“Sebenarnya saya sudah simpan idea-idea untuk jadi viral sejak tahun 2011, tapi saya tidak boleh buat kerana saya tiada telefon bimbit yang boleh buat rakaman.”

“Namun tahun lalu, saya tekad beli telefon berharga RM300 yang ada fungsi rakaman video. Daripada situ saya buka akaun laman sosial dan mula memuat naik video-video yang saya lakonkan,” ujarnya.

[infobox style=”alert-info”]“Alhamdulillah, pendapatan sejak menjadi selebriti media sosial agak baik. Kini saya sudah boleh bantu ibu dan adik-beradik lain setiap bulan dan setakat ini sudah beli kereta Mazda RX8 secara tunai.”[/infobox]
Gambar Zukiee Dengan Kereta Mazda Rx8

Gambar Zukiee Dengan Kereta Mazda RX8 miliknya

Zukieee Hidup Mewah Hanya Bermodalkan Telefon Bimbit Berharga Rm300

Kereta Sport Mazda RX8 Zukiee

Sehingga kini, telah banyak tawaran berlakon drama di tv yang diterima Zukiee namun banyak yang ditolaknya.

“Kerjaya saya di media sosial bukan di televisyen, jadi saya terpaksa tolak tawaran-tawaran daripada stesen televisyen yang mahu saya terlibat dalam drama dan program mereka.
“Saya tidak mahu jika terlalu kerap di televisyen membuatkan orang bosan dan tidak mahu menonton saya di media sosial pula,” ujarnya.

Sehingga kini, Zukieee telah memiliki sebanyak 420,000 pengikut laman Instagram dan 500,000 di Facebook. Hebat bukan?

Carian Berkaitan: biodata zukie, biodata zukieee, biodata zukiee, zukieee biodata