Langgan newsletter kami!
Cara Halau Kucing Berak Merata

Cara Halau Kucing Berak Merata. Guna 3 Bahan Sahaja!

Tentu anda merasa geram jika ada kucing liar yang selalu datang dan ‘membuang’ di sekeliling rumah anda sehingga meninggalkan bau yang busuk. Lebih menyakitkan jika kucing itu adalah kucing jiran anda yang datang ke rumah kita semata-mata untuk berak. Jadi, di sini saya kongsikan petua dan cara halau kucing berak merata.

Petua ini saya ambil dari perkongsian saudari Ella Ahmad di Facebook yang mendapat beribu like. Sebenarnya saya sendiri sudah lama mencari cara berkesan untuk menghalau kucing dari berak di halaman rumah. Untuk makluman pembaca, di sekeliling rumah saya ditanam dengan rumput karpet jepun. Memang cantik menghijau dan sesuai untuk anak-anak bermain di waktu petang walaupun dengan berkaki ayam sahaja.

Tetapi semenjak beberapa minggu yang lalu saya dapati makin banyak sisa najis kucing di sekitar kawasan rumah. Rupa-rupanya setelah diselidik, kucing memang suka menjadikan rumput karpet tempat membuang. Makin kerap kita bersihkan, makin menjadi-jadi tabiatnya. Pernah juga saya gunakan teknik letak air merah atau air sirap dalam botol mineral, tetapi masih tidak menjadi. Mungkin kucing zaman sekarang sudah lebih cerdik.

Cara Halau Kucing Berak Merata

Secara asasnya, anda hanya perlu sediakan 3 bahan sahaja iaitu:

  1. Cuka
  2. Pelembut kain
  3. Air paip

Bahan Bahan SpraySpray Siap

Seterusnya, kita mulakan cara-cara untuk membuat sebatian spray untuk anda gunakan nanti.

  1. Masukkan 8 hingga 10 titis cuka makan ke dalam botol spray. Dalam contoh ini saya gunakan cuka cap Jalen.
  2. Campurkan 1/4 penutup pelembut pakaian. Boleh guna apa-apa pelembut pakaian yang ada di rumah seperti Downy, Comfort Ultra ataupun Softlan. Tujuannya supaya ia sedikit wangi dan tidak terlalu kuat bau cuka tersebut.
  3. Akhir sekali masukkan air paip sehingga penuh bekas spray tersebut.
  4. Siap! Semburkan sebatian ini pada tempat kebiasaan kucing berak. Baunya yang masam dan busuk ini akan membantutkan hasrat kucing untuk berak di situ lagi.
  5. Anda juga boleh cuba spray di tempat-tempat lain yang berpotensi menjadi sasaran kucing.

Semoga panduan dan tips cara halau kucing berak merata ini bermanfaat buat anda. Selamat mencuba!

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Saya sudah mencuba macam-macam petua termasuk ramuan yang disyorkan. Tidak berkesan untuk halang kucing berak dihalaman rumah. Akhirnya saya pasang Motion Detected Sprinkler alat perinjis air. Tak berani kucing nak menghampiri halaman rumah. Sekadar lalu jauh depan rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: