Langgan newsletter kami!
Kasih Sayang Ibu Terhadap Anak

Cara Melenturkan Ego Anak Sulung Bila Ada Adik Baru

Inilah taktik paling cepat dan berkesan yang saya gunakan untuk ‘melenturkan’ ego Kakak/Abang merangkap anak yang lebih besar. Maklumlah, anak sulung ni kadangkala, ada ragam dia sendiri bila dia dah dapat adik.

Ada 5 teknik yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak anggap adiknya adalah ‘pencabar’ baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.

Dan yang penting, teknik ayat keramat ni bukan sekadar nak tone down anak sulung ketika marah saja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA. InsyaAllah, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi pembantu kita yang berjaya dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.

Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ini dah boleh praktis kepada anak sulung yang sudah berumur 2 tahun ke atas, atau yang sudah boleh faham bahasa. Untuk lebih baik anak yang berumur 3 dan 4 tahun ke atas. Cuba gunakan ayat ni depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana ‘egonya’ lentur dan tiba-tiba, dari menjadi pesaing kepada adiknya, dia boleh berubah menjadi pelindung kepada adiknya.

1. SITUASI BEREBUT BARANG

Selalu kan, anak-anak ni berebut barang?

Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenangnya memenangkan adik yang kecil dan tak mengerti apa-apa lagi. Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati, cemburu dan kecewa itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam kakak yang menang.

Guna ayat keramat, “Adik, minta izin dulu dari Kakak/Abang..”

Walaupun adik baru berusia 6 bulan yang obviously takkan faham pun minta izin tu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya ‘bercakap’ dengan si anak sulung untuk lenturkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu.

Selalunya, lepas suruh adik ‘minta izin’ untuk guna sesuatu barang, automatically Kakak/Abang pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.

Tak perlu berceramah pada Kakak/Abang suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh Kakak jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh kakak lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA MENINGGALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik-kakak untuk jangka panjang. Guna taktik ayat keramat di atas, insyaAllah, Kakak/Abang mengalah, hubungan adik beradik pun lebih harmoni selepas ini.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys Kakak/Abang dia sanggup kongsi dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi.

2. SITUASI BERGADUH, SI ADIK MENJERIT

Ini memang biasa. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tak puas hati, dia akan menjerit dan menangis. Lepas tu, bila seorang dah menjerit, seorang lagi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERANCAM dengar adik jerit.

Ya lah, selalu bila adik jerit mesti ibubapa serbu dan terus salahkan anak sulung, kan?

So, jeritan adik sangat memberi ‘ancaman’ yang build ‘tense’ dalam diri Kakak/Abang. Tense ni lama-lama akan buat Kakak/Abang benci adik sebab sikit-sikit menangis dan at last, dia yang kena.

Maka, Kakak/Abang dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana Kakak/Abang yang lebih selesa ‘menjauhkan’ diri dari si adik. Perasan kan masalah ni?

Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita kena tenangkan si Adik. Ada kalanya, adik marah tu SEBAB ANAK SULUNG/KAKAK/ABANG yang kacau.

Jadi, guna ayat keramat “Adik, cakap baik-baik dengan Kakak..”
Sebagai hint, nak beritahu pada Kakak, “Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik..”

Adik yang menjerit menangis tu kita tenangkan macam biasa. Dan Kakak/Abang yang dengar ayat keramat tu pun, automatically akan mula ‘lembut’ dan tone down. Tiba-tiba, dia pun mengadu dengan kata dalam nada suara yang rendah dan lembut. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah kan?

“Anak faham ke reverse phsychology macam ni?”

Jawapan saya, InsyaAllah, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah ASAS dalam mendidik anak-anak.

3. SITUASI MINTA TOLONG ANAK SULUNG JAGA ADIK

Ni antara ayat yang paling selalu saya guna.

Untuk ajar Kakak menjadi Kakak yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara saya meeting, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Untuk pastikan sesi Kakak babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini, awal-awal lagi saya akan pesan kepada adik, TAPI MAKE SURE KAKAK YANG DENGAR YA..

“Adik, Adik dengar cakap Kakak ya..”

Dan selepas itu, sambunglah dengan segala amanat kita untuk si Kakak. Contohnya, “Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat kerusi, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya..”

Dan kemudian, baru ulangkan skrip di atas kepada Kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa yang bahaya atau yang saya tegah awal-awal, memang Kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam bahaya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.

Automatically, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTANGGUNG JAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.

4. SITUASI PUJUK ANAK SULUNG YANG MERAJUK/SEDIH HATI

Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas dah pandai merajuk dan ‘bawa diri’. Simple, sebab keinginan yang tak dipenuhi selalunya.

Logik anak-anak ni, kalau ibubapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan penegasan juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.

Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ni, depan-depan adik, kita tuturkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar.

“Adik, tengok Kakak lukis ni, hebat kan Kakak? SubhanALLAH..” atau
“Adik, tadi Kakak solehah sangat, sebab Kakak tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI KAKAK ya..”

By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.

Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh relate, mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.

5. SITUASI BEREBUT PERHATIAN IBU/AYAH & ANAK SULUNG CEMBURU

Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk ‘move on’ dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang dengan adiknya.

Kadang-kadang, time kita nak menyusukan, beri makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah kakak pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali ABAIKAN perasaan anak sulung.

Anak sulung kita dah pandai ‘kecil hati’ dan pandai ‘buat judgment’ sama ada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi tu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.

Bila Kakak/Abang cemburu dengan layanan, simply JELASKAN dengan simple keperluan adik dan minta adik ‘minta maaf.’

“Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta kakak tunggu sekejap, dan adik minta maaf kakak ya.. Lepas ni, Ibu suap kakak pula makan, ya?”

Dan tarik tangan adik acah-acah minta maaf dengan Kakak. Sambil beritahu kepada Kakak, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.

Si Kakak/Abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, “Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik tu lapar..”

Ini situasi benar yang selalu saya hadapi. Bila Kakak rasa ‘hak’ dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula bertolak ansur dan dia tahu, dalam ‘hak’ dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.

KESIMPULAN

Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila?

Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba buat beberapa hari ke beberapa minggu saja. Lambat laun, Kakak memang tak kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku ‘perebutan’ meraih cinta dan perhatian ibubapa.

Tapi yang penting, kita ni parents WAJIB attend kakak pula selepas tu. Jangan diabaikan kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia saja lepas tu. JANGAN ya.

HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Dah attend adik dan janji nak attend kakak pula, jangan buat-buat lupa dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA ‘BISANYA.’ Di saat tu, sebut apa saja pada Kakak, semuanya jadi tak lut.

Sebab apa tak lut? Sebab anak dah hilang percaya. Ada banyak sebab kenapa kata-kata kita dah kurang lut dengan anak-anak, InsyaAllah lain kali saya cerita.

Cuma basically, ini adalah 5 AYAT KERAMAT yang boleh kita gunakan untuk LENTURKAN ego anak sulung dan supaya hatinya terpujuk untuk SENTIASA BERSIKAP RAHMAH DAN TOLERABLE dengan adiknya.

Ada banyak lagi ayat keramat lainnya, antara yang famous adalah, “Adik sayang Kakak, adik rindu kakak, Ibu sayang kakak” dan sebagainya. Tapi sebab ayat ni dah ramai orang tahu, saya tulis ayat yang jarang disebut seperti 5 contoh di atas tu. Ada masa, kita sambung lagi. 🙂

Kalau anda rasa bermanfaat, boleh dikongsi dengan yang lain. Kita mungkin tak ada masa menulis begini, tapi kita BOLEH DAPAT PAHALA YANG SAMA DENGAN PENULIS, andai bantu sebarkan kebaikan ini kepada orang lain. Mudah nak kumpul pahala sebenarnya!

#sebelumsenja
Sharifah Zahidah
23 Oktober 2017

Sumber: FB Sharifah Zahidah

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: