Cara Semak Tracking GDex. Penghantaran barang menggunakan khidmat GD EXPRESS atau GDex adalah salah satu alternatif perkhidmatan kurier. Barang yang dipos akan terus dihantar ke pintu rumah ataupun pejabat anda.

Kini, status penghantaran barang melalui servis GDex juga boleh disemak secara online. Dengan adanya perkhidmatan ini, tracking barang yang dihantar akan menjadi lebih mudah dan pantas dengan hanya memasukkan Consignment Note Numbers iaitu.

  • GDex Tracking No
  • Customer Reference No

Antara maklumat yang boleh kita dapati melalui perkhidmatan GDex e-Tracking ini adalah:

  • Tarikh barang dihantar
  • Proses-proses penghantaran
  • Lain-lain aktiviti berkenaan barang tersebut

Berikut adalah cara menyemak status penghantaran barangan anda secara online tanpa perlu datang ke pejabat GDex. Ianya sangat mudah dan menjimatkan masa.

[infobox style=”alert-success”]

Semak Tracking GDex Secara Online

http://gdexpress.com/malaysia/e-tracking

[/infobox]

Cara Semak Tracking GDex

  1. Masukkan nombor tracking kurier (Consignment Note Numbers) pada kotak semakan yang disediakan.
    – Nombor tracking tidak perlu dijarakkan.
    – Boleh masukkan sehingga 20 nombor yang hendak disemak dalam satu masa.
    – Asingkan setiap nombor tracking dengan line baru atau butang <enter>GDEX Consignment Note Numbers
  2. Tekan button ‘TRACK’.
  3. Lihat status dan maklumat lanjut tentang barang yang dihantar.
    Tracking GDEX
Carian Berkaitan: tracking gdex, cara cek no tracking gdex, cek no tracking gdex, cek no traking gdex