Langgan newsletter kami!
Cinta Itu Fairy Tale (iflix)

Cinta Itu Fairy Tale (iflix)

Sebuah drama bersiri terbaru berjudul Cinta Itu Fairy Tale akan ditayangkan melalui saluran streaming iflix. Drama 13 episod ini adalah hasil arahan Tam Suhaimi yang juga merupakan penulis skrip bersama bagi drama ini. Ia akan bersiaran pada 21 Mei 2020 secara EKSKLUSIF dan PERCUMA bermula di iflix.com.

Drama bergenre komedi romantik ini dibintangi oleh pelakon remaja cantik, Eyka Farhana selain pelakon-pelakon yang lain seperti Afifah Nasir, Harris Baba, Ikhsan Saleh, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura dan ramai lagi.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 21 Mei 2020
  • Penulis Skrip: Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki, Shamaine Othman
  • Pengarah: Tam Suhaimi
  • Produksi: Imaginal Pictures
  • Senarai Pelakon: Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
  • Trailer: https://www.iflix.com/my/en/play/trailer/279820

Watak Pelakon

  • Eyka Farhana sebagai Nina Suraya
  • Ikhsan Saleh sebgai Adam
  • Afifah Nasir sebagai Niesa
  • Amy Mastura sebagai Sofia
  • Wafiy Ann sebagai Najmi
  • Harris Baba sebgai Zach
  • Intan Ladyana seagai Serena
  • Izzat Mushtaq sebagai Emran
  • Jad Hidir sebagai Karlif
  • Atiq Azman sebagai Adly
  • Nelissa Nizam sebagai Mia
  • Intan Nor Saina sebagai Yasmin
  • Iman Zulkarnaian sebagai Zakri

Sinopsis Cinta Itu Fairy Tale

Drama 13 episod ini mengisahkan tentang Nina Suraya yang merupakan seorang instafamous yang bercita-cita untuk menjadi penulis. Nina telah membawa diri ke sebuah resort percutian akibat kekecewaan dan kegagalan dalam percintaan. Percaya bahawa lelaki berkualiti hanya wujud di alam fiksyen dan khayalan, nota mengandungi senarai ciri-ciri lelaki idamannya telah dilontar ke dasar laut. Segalanya berubah apabila muncul seorang pemuda misteri yang mempunyai kriteria persis lelaki idaman seperti yang tertera di dalam nota Nina.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: