Langgan newsletter kami!
Celebration Education Graduation

Ciri-ciri Remaja Cemerlang – Adakah Cukup Sekadar Sijil Akademik?

Sijil akademik memang penting. Namun begitu adakah ia lebih penting daripada sijil kemahiran? Katakanlah anda mempunyai sijil akademik mendapat 10 A+ dalam SPM. Tetapi setakat itu saja. Namun, rakan anda mempunyai sijil kemahiran seperti memasak, menjahit, menulis, membuat kek dan sebagainya.

Dalam pasaran kerja siapakah yang bakal mendapat pekerjaan yang akan ditawarkan? Selain sijil akademik, adalah sangat penting anda memiliki sijil kemahiran. Pihak penemuduga pasti akan lebih berminat mendapatkan pekerja yang mempunyai nilai tambah selain sijil akademik.

 

Remaja Berwawasan

Ciri-ciri remaja yang disukai oleh majikan adalah jika dia seorang yang berwawasan dan sentiasa mempertingkatkan diri dengan pelbagai kebolehan. Kebolehan termasuklah kemahiran. Jangan malu belajar pelbagai kemahiran ketika anda masih remaja. Kemahiran membaiki basikal, kemahiran membaiki alat peranti telefon bimbit, kemahiran menyelamat, kemahiran kehidupan di hutan, kemahiran berkomunikasi adalah antara sebahagian senarai pendek yang menyebabkan remaja itu disukai bukan sahaja bakal majikan, malahan oleh rakan dan juga buah hati anda.

Keistimewaan anda adalah kerana memiliki kemahiran. Buah hati anda pasti bangga memperkenalkan anda kepada rakan-rakannya yang lain. Malahan mereka bangga bercerita kepada keluarga mereka bahawa selain anda mempunyai sijil akademik, anda juga mempunyai beberapa kemahiran lain.

Kadang-kadang kemahiran itu kita tidak pasti sesuai atau tidak dengan diri kita. Itu tidak penting, yang penting anda ada kemahiran. Kemahiran melukis sangat istimewa jika anda bertahan dan mempertajamkan kemahiran tersebut. Melukis pemandangan, melukis potret, melukis logo, melukis kartus adalah nilai tambah yang menjadi kegilaan sesetengah remaja lain. Kepada yang belum ada kemahiran, carilah sesuatu kemahiran yang bakal menyebabkan anda dibanggakan oleh kawan, keluarga, guru, masyarakat dan negara.

 

Kemahiran Tradisional Sebagai Alternatif

Remaja tidak suka akan kemahiran tradisional seperti menekat, bertenun, membuat terompah (kasut daripada kayu), menggunting rambut dan seumpama dengannya. Alangkah ruginya kerana kemahiran remaja seperti itulah menjadi bekalan untuk masa depan anda. Kemahiran menggunakan komputer dan ICT telah banyak diceburi. Cubalah kemahiran yang unik dan bersifat tradisi tetapi menjadi perhatian para usahawan.

Tuhan mengurniakan kepada kita akal fikiran dan tenaga yang serupa. Masa yang diberikan juga sama iaitu 24 jam setiap orang. Cuba anda perhatikan rakan-rakan anda, sesiapa yang memanfatkan masa mereka dengan pelbagai kemahiran pasti mempunyai nilai tambah diri mereka yang lebih baik daripada anda. Jangan bersedih nanti jika buah hati anda beralih arah kepada rakan karib anda yang mempunyai kemahiran.

Remaja berkemahiran ialah remaja yang macho!

Print Friendly, PDF & Email

About Cikgu Salleh

Seorang guru yang berpengalaman luas dalam menulis buku kerja sekolah, cerpen, puisi dan novel. Pernah memenangi Anugerah Sastera Johor 2016 (Puisi Siber).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: