Home / Pendidikan / Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Yang Mudah Dan Ringkas
surat tidak hadir ke sekolah

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Yang Mudah Dan Ringkas

Bagaimanakah cara menulis surat tidak hadir ke sekolah secara formal? Mungkin ada di antara ibubapa ataupun penjaga tidak tahu bagaimana untuk menulis surat rasmi memohon cuti dan memberitahu pihak sekolah jika anak mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Bagaimanakah pula format surat itu dan apakah isi kandungan yang patut mereka tulis di dalamnya?

Pemantauan Kehadiran Pelajar

Perlu diingatkan bahawa kehadiran setiap murid dan pelajar ke sekolah adalah penting kerana ianya akan direkodkan ke dalam sistem. Setiap data kehadiran akan dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah untuk melihat prestasi dan keadaan seseorang pelajar sama ada baik ataupun bermasalah.

Sekiranya pihak sekolah mendapati seseorang pelajar itu kerap tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang alasan kukuh, mereka mungkin akan dipanggil atau diberikan surat tunjuk sebab. Tindakan disiplin juga boleh diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan pembelajaran pelajar terjaga dan tidak tercicir. Sekiranya ini berlaku, makluman melalui surat sangat-sangat diperlukan oleh pihak sekolah.

Berikut dikongsikan contoh terbaik surat yang mudah dan ringkas. Ia boleh dijadikan panduan untuk digunakan dalam penulisan sebenar. Jika anak anda tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab kesihatan, sila kepilkan surat rasmi ini bersama-sama Sijil Cuti Sakit (Surat MC) yang telah diperolehi daripada klinik atau hospital.

Contoh Format Surat Rasmi Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Alea Dalili Binti Mohd Khairil Azhan
Blok A 08-01, Kondominium Saujana Aster,
62300 Presint 11,
WP Putrajaya
_____________________________________________________________

Guru Kelas 2 Merah,
SMK Putrajaya Presint 11(1),
Presint 11,
62300 Presint 11,
WP Putrajaya                                                                                                           7 Oktober 2019

Tuan/Puan,

 

PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, saya Mohd Khairil Azhan Bin Zakaria, bapa kepada Alea Dalili ingin menjelaskan sebab anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 3 Oktober 2019 (Khamis).

2. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan mengalami demam panas setelah pulang dari sekolah pada 18/10/2016.

3. Saya telah membawa anak saya ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan berikutan demam yang berlanjutan. Bersama-sama ini, saya sertakan sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti.

Semoga perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya dari pihak Tuan/Puan.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,
–tandatangan ibubapa/penjaga–
(Mohd Khairil Azhan Bin Zakaria)

Contoh Alasan Tidak Hadir ke Sekolah

Berikut adalah contoh-contoh alasan yang munasabah yang boleh anda gunakan sekiranya tidak dapat hadir ke sekolah. Alasan ketidakhadiran ke sekolah adalah berbeza-beza mengikut individu dan pelajar adalah dilarang sama sekali untuk menipu.

  • Tidak sihat atau demam tanpa Sijil Sakit daripada doktor.
  • Sakit/tidak sihat untuk hadir ke sekolah dengan Sijil Cuti Sakit daripada doktor (dapat MC).
  • Menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah.
  • Perlu menghadiri upacara pengebumian dan kematian.
  • Menghadiri majlis kenduri perkahwinan bersama keluarga.
  • Mengikut ibubapa pulang ke kampung (disebabkan datuk atau nenek sakit, urusan keluarga dan sebagainya).
  • Melancong bersama keluarga atau bercuti ke luar negara.
  • Menghadiri majlis konvokesyen.
  • Menghantar kakak/abang ke universiti.
  • Melawat orang sakit.
  • Mengambil cuti perayaan lebih panjang.
  • Menunaikan umrah bersama keluarga.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. Panduan menulis surat ini amat berguna kepada semua. Baik kepada pelajar malah penjaga mereka untuk mengarang surat rasmi.

    Diharap dapat lagi menulis lebih lagi info yang berkaitan

  2. panduan surat ini banyak membantu saya. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: