Langgan newsletter kami!
Cemburu Seorang Perempuan

Cemburu Seorang Perempuan (Astro Ria)

Cemburu Seorang Perempuan adalah sebuah drama hasil adaptasi novel karya Siti Hazneza. Drama yang dibintangi oleh pasangan suami isteri Amar Baharin dan Amyra Rosli ini akan disiarkan melalui Slot DramaVaganza Astro Ria pada 29 Oktober 2019. Ia akan bersiaran sebanyak 20 episod.

Info Drama Cemburu Seorang Perempuan

  • Episod: 20 episod
  • Mula Tayangan: 29 Oktober 2019
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria & Astro Ria HD (Slot DramaVaganza)
  • Penulis Novel: Siti Hazneza Abdul Hamid
  • Pengarah: Eyra Rahman
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Mior Darwish

Watak Pelakon Drama Cemburu Seorang Perempuan

  • Amar Baharin sebagai Zikri
  • Amyra Rosli sebagai Dhiya
  • Emma Maembong sebagai Emilia
  • Bella Dowanna sebagai Qila
  • Dini Schatzmann sebagai Najib
  • Fauzi Nawawi sebagai Sufian
  • Lisdawati sebagai Lea
  • Sabrina Ali sebagai Nat
  • Amir Nafis sebagai Badri
  • Nazrief Nazri sebagai Shah
  • Mior Darwish sebagai Eizlan

Sinopsis Drama Cemburu Seorang Perempuan

Mengisahkan tentang Zikri dan Dhiya yang berkawan rapat sejak di bangku sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri seterusnya berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini rakan rapatnya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka.

Emilia telah meminta Dhiya mengandungkan anak dari benih mereka. Zikri dan Dhiya menikah setelah mendapat persetujuan diperolehi Emilia, bagi membolehkan Dhiya mengandungkan anak mereka. Dhiya akhirnya mengandung apabila telah disuntik sperma Zikri dan benih Emilia untuk disenyawakan ke dalam rahimnya. Atas naluri ingin menolong dan juga kerana sayangkan Zikri, Dhiya sanggup menjadi ibu tumpang bagi anak-anak mereka. 4 orang anak yang dikandung dalam rahim Dhiya. Walau Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja dan mereka sebenarnya tidak pernah sekalipun mengadakan hubungan suami isteri.

Keikhlasan Dhiya & Zikri masih tetap menjadi pergaduhan antara Emilia dan suami. Cemburu Emilia yang terlampau hingga sanggup memusnahkan hidup Dhiya yang akhirnya beliau lumpuh di kedua belah kakinya. Tangannya juga kudung dan mukanya cacat. Kerana insiden itu juga menyebabkan Emilia meninggal kerana beliau turut terkorban semasa insiden ingin menghapuskan Dhiya dari hidup Zikri.

Atas kepakaran masakini, tangan Dhiya dapat disambung semula. Pembedahan mukanya juga dibuat namun Dhiya tetap perlu berkerusi roda. Anak-anak Zikri bersama Emilia kesemuanya sayang akan Dhiya kerana pandai mengambil hati mereka.

Dhiya akhirnya melahirkan 2 orang anak dari darah dagingnya sendiri bersama Zikri selepas kematian Emilia. Walaupun cacat, namun pengorbanan Dhiya yang begitu besar terhadap keluarga Zikri memang tidak dapat dibalas sampai bila-bila. Biarlah orang lain memandang rupanya buruk dan cacat namun kemuliaan hati Dhiya amat membanggakan Zikri.

Babak Drama Cemburu Seorang PerempuanCemburu Seorang Perempuan Amar Baharin Dan Amyra Rosli

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: