Langgan newsletter kami!
Drama Chandelier (Astro Ria)

Drama Chandelier (Astro Ria)

Chandelier adalah sebuah drama adaptasi novel karya Acik Lana. Drama ini akan bersiaran melalui Slot MegaDrama, Astro Ria dan Ria HD pada 10 Februari 2020. Drama ini diarahkan oleh pengarah kontroversi Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd.

Teraju utama bagi drama bersiri 24 episod ini ialah Ben Amir dan Mimi Lana sambil dibantu oleh pelakon yang lain seperti Norman Hakim, Shasha Abedul, Nadya Syahera, Alif Muhaimin, Diana Dee, Aisar Khaled, Nynaa Harizal, Sharifah Shahora dan Laila Nasir.

Info Drama

  • Episod: 24 episod
  • Tarikh Tayangan: 10 Februari 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, 10.00 hingga 11.00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria & Ria HD
  • Slot: MegaDrama
  • Penulis Novel: Acik Lana
  • Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Dayang Kartinah Said
  • Pengarah: Michael Ang
  • Produksi: Juita Viden Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Ben Amir, Mimi Lana, Norman Hakim, Shasha Abedul, Nadya Syahera, Alif Muhaimin, Diana Dee, Aisar Khaled, Nynaa Harizal, Sharifah Shahora, Laila Nasir

Watak Pelakon

  • Ben Amir sebagai Kaef
  • Mimi Lana sebagai Keisha Edlina
  • Norman Hakim sebagai Tan Sri Emran
  • Shasha Abedul sebagai Syuhada
  • Nynaa Harizal sebagai Khalida
  • Nadya Syahera sebagai Ajwa
  • Aisar Khaled sebagai Iskandar
  • Alif Muhaimin sebagai Malik

Lagu Tema / OST Chandelier

  • Tanpa Mu – Dinie & Khai

Sinopsis Chandelier

Mengisahkan tentang Keisha Edlina yang digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna, dia menggoda lelaki kaya dan memeras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Kiesha diserang sehingga berlaku kecacatan dimukanya. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Hatinya telah terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan. Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, ujian dan dugaan yang lain pula hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban. Kaef disaman dalam perniagaannya dan Keisha meminta pertolongan dari Tan Sri Emran. Syaratnya ialah dia dipaksa meninggalkan Kaef dan berkahwin dengan Tan Sri Emran.

Sumber: Astro Gempak YT

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: