Langgan newsletter kami!
Drama Cinta Sekali Lagi (TV3)

Drama Cinta Sekali Lagi (TV3)

Sebuah drama bersiri berjudul ‘Cinta Sekali Lagi‘ kini sedang hangat ditayangkan pada waktu perdana di TV3 melalui Slot Akasia. Drama sebanyak 28 episod ini menampilkan 3 orang teraju utama iaitu Saharul Ridzwan dan dua pelakon cantik tanahair, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha.

Drama menarik ini mula ditayangkan pada 4 November 2020 yang lalu, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 hingga 8.00 malam. Drama ini adalah hasil arahan Mohd Fazli Yahya atau Pali Yahya dan diterbitkan oleh produksi Suhan Movies & Trading.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 28 episod
  • Tarikh Tayangan: 4 November 2020
  • Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Akasia)
  • Penulis Skrip: Nieza Nahar
  • Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
  • Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, Haziq Fadhullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Luqman Hafidz, Elnisa Ryun, Mustaqim Bahadon, Iman Zulkarnain, Isaac Iman, Tengku Zara, Zara Shelby, Alessandra Alyssa

Watak Pelakon

  • Saharul Ridzwan sebagai Fahad Iman
  • Nelydia Senrose sebagai Amanda
  • Hannah Delisha sebagai Amani
  • Raja Afiq sebagai Ungku Mukhlis
  • Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
  • Haziq Fadhullah sebagai Amar
  • Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
  • Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
  • Haleeda Mazlin sebagai Puan Nazira
  • Iman Zulkarnain sebagai Muiz
  • Zara Shelby sebagai Danisha Dania
  • Alessandra Alyssa sebagai Daniya

Sinopsis Cinta Sekali Lagi

Drama ini membawakan kisah tentang kehidupan dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru sahaja dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad Iman (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk hendak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya terlebih dahulu dan memastikan Amanda juga berkahwin pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalangnya. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara sederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala rumahtangga Amani dan Mukhlis pula sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih menyimpan perasaan pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia telah menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘Cinta Sekali Lagi’ daripada Amanda? Sama-sama kita saksikan kesudahan drama yang menarik ini!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: