Home / Hiburan / Drama Dia Adelia (TV Okey)
Drama Dia Adelia (TV Okey)

Drama Dia Adelia (TV Okey)

Dia Adelia adalah sebuah drama romantik komedi yang dibintangi oleh pelakon remaja cantik Eyka Farhana dan Fadlan Hazim. Selain itu, pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Azrel Ismail, Liza Abdullah, Riz Amin, Azar Azmi dan Amyza Aznan.

Drama sebanyak 13 episod ini akan mula ditayangkan di TV Okey (RTM) pada 30 Disember 2019 jam 10.00 malam setiap hari Isnin hingga Ahad. Ia diarahkan oleh Rahila Ali dan diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd.

Info Drama Dia Adelia

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 30 Disember 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Ahad, 10:00 malam
  • Stesen TV: TV Okey (RTM)
  • Pengarah: Rahila Ali
  • Terbitan: Pena Creative Pictures Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Eyka Farhana, Fadlan Hazim, Azrel Ismail, Liza Abdullah, Riz Amin, Azar Azmi, Amyza Aznan

Watak Pelakon

Lagu Tema / OST

  • Laki Laki – Eyka Farhana

Sinopsis Dia Adelia

EPISOD 1
Gina rimas dengan sikap Irhan yang terlalu cerewet dan terlalu menjaga imej serta penampilannya.

EPISOD 2
Dia Adelia mula mempromosi pakej pelancongan yang ditawarkan pihaknya sebagai cara untuk mencari pendapatan tambahan, Sementara itu, Irhan semakin resah apabila Gina tidak menjawab mesej dan panggilannya.

EPISOD 3
Irhan terus memujuk ibunya, Datin Rania agar membenarkan beliau bercuti dengan Gina. Walau bagaimanapun Datin Rania tetap dengan keputusannya tidak membenarkan Irhan bercuti bersama Gina.

EPISOD 4
Irhan memutuskan untuk menenangkan fikiran dengan bercuti ke UK berseorangan dan juga sebagai bukti yang beliau mampu berbuat demikian. Datin Rania mula risau kerana Irhan tidak pernah berjauhan dengannya.

EPISOD 5
Gina sering meminta bantuan Refal apabila keretanya rosak dan Irhan tersalah anggap tentang situasi yang berlaku. Irhan menuduh Refal sebagai ‘musuh dalam selimut’.

EPISOD 6
Irhan memaklumkan pada Datin Rania yang beliau telah tiba di destinasi percutian. Ibunya sempat meninggalkan pelbagai pesanan buat Irhan.

EPISOD 7
Irhan memarahi Adelia kerana beliau pengsan selepas dibawa ke kawasan pelancongan yang agak seram dan menakutkan. Adelia menyalahkan dirinya namun Razlan segera menenangkan Adelia.

Sumber: RTM

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: