Langgan newsletter kami!
Drama Ironi Kasih TV3

Drama Ironi Kasih (TV3)

Drama bersiri Ironi Kasih adalah drama terbaru yang akan menemui penonton melalui Slot Akasia TV3. Ia dibintangi oleh Ogy Ahmad Daud, Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana dan Fizz Fairuz.

Drama ini akan ditayangkan pada tahun 2020 namun tarikh sebenar tayangannya masih belum dimuktamadkan. Drama 15 epsod ini diterbitkan oleh Wira Nusa Production dan siarahkan oleh arahan Nazir Jamaluddin.

Info Drama

  • Episod: 15 episod
  • Tarikh Tayangan: 2 April hingga 22 April 2020 (dikemaskini)
  • Waktu Siaran: Isnin – Khamis, jam 7.00 – 8.00 malam
  • Stesen TV: TV3 Malaysia (Slot Akasia)
  • Penulis Skrip: Mohd Shahremy Ikmal, Mama Bella
  • Pengarah: Nazir Jamaluddin
  • Produksi: Wira Nusa Production Sdn Bhd
  • Sewarai Pelakon: Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Syafi Tee DFKL, Sarah Malisa DFKL, Ogy Ahmad Daud, Nazia Mustafa

Watak Pelakon

  • Intan Najuwa sebagai Kasih
  • Aqasha sebagai Johan
  • Intan Ladyana sebagai Emilia
  • Fizz Fairuz sebagai Noh
  • Isaac Iman sebagai Danish
  • Ramona Zamzam sebagai Suri Athirah
  • Afifah Nasir sebagai Maya
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Salmah

Sinopsis Drama Ironi Kasih

Kasih yang pada awalnya bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan telah digaji untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia. Kasih menjalankan tugasnya dengan baik dan mereka menjadi semakin mesra. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka.

Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh. Johan yang merasa tercabar terus menceraikan Emilia. Rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas penceraian itu. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya?

Sumber: TV3 Official

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: