Langgan newsletter kami!
Kampung People 2

Drama Kampung People 2 (TV3)

Susulan sambutan menakjubkan terhadap Siri Pertama Kampung People, drama Kampung People Musim ke-2 pula akan mula ditayangkan di Slot Lestary TV3, iaitu setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam. Drama 13 episod ini bakal bersiaran mulai 17 September 2020.

Dengan masih mengekalkan pelakon yang sama iaitu Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Riena Diana dan Hun Haqeem, Kampung People 2 bakal menampilkan beberapa muka baharu seperti Adibah Noor dan Fizz Fairuz. Drama ini masih diarahkan oleh pengarah yang sama, Wan Hasliza Wan Zainuddin dan diterbitkan oleh KL Motion Pictures Sdn Bhd.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 17 September 2020
  • Waktu Siaran: Rabu – Jumaat, 9.00 – 10.00 malam
  • Stesen TV: Slot Lestary TV3
  • Penulis Skrip: Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Baizura Kahar, Syakirin Supardi
  • Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin
  • Produksi: KL Motion Pictures
  • Senarai Pelakon: Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Fizz Fairuz, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Shah Kimin, Haziq Fadhullah, Nazeri Md Isa, Shahril Sarjen, Lizart Rashid, Kismah Johar, Nam Ron

Watak Pelakon

  • Elly Mazlein sebagai Razif
  • Rashidi Ishak sebagai Mona
  • Riena Diana DFKL sebagai Laila
  • Kamarul Eqifshah sebagai Imran
  • Hun Haqeem sebagai Jaafar
  • Haziq Fadhullah sebagai Karim
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Shah Kimin sebagai Ismail
  • Nazeri Md Isa sebagai Tok Imam
  • Shahril Sarjen sebagai Badrul Bisu
  • Lizart Rashid sebagai Ejen I
  • Adibah Noor sebagai Dona
  • Fizz Fairuz seabgai Ejen Shukri
  • Kismah Johar sebagai Madame Mah
  • Nam Ron sebagai Tuan Suhaimi

Sinopsis Kampung People 2

Si suami, Razif dan isterinya Mona serta anak-anak mereka iaitu Laila dan Yummy telah pulang ke kehidupan asal mereka di bandar setelah Tuan Suhaimy dimasukkan ke penjara dan Cengkih Manis dibubarkan. Kos kehidupan yang tinggi membuat Razif amat tertekan untuk memastikan gaya hidup keluarganya dikekalkan.

Namun begitu, disebabkan perasaan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya meyakinkan ayahnya yang tertekan untuk berpindah semula balik ke kampung. Sementara itu Razif pula khuatir dan takut akan isterinya Mona tidak bersetuju akan hajat pulang ke kampung. Apa yang akan terjadi seterusnya. Sama-sama kita saksikan kisah lucu satu keluarga ini di kaca TV nanti!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: