Langgan newsletter kami!
Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu

Drama Lelakimu Yang Dulu (TV3)

Lelakimu Yang Dulu adalah drama bersiri hasil adaptasi dari novel karya Farah Darianna. Drama terbitan Mache All Star United ini bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada 19 September nanti. Ia dibintangi oleh pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose serta diarahkan oleh Eoon Shuhaini.

Info Drama Lelakimu Yang Dulu

  • Episod: 28 episod
  • Mula Tayangan: 19 September 2019
  • Waktu Tayangan: Isnin hingga Jumaat , jam 7 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Akasia)
  • Penulis Novel: Farah Darianna
  • Penulis Skrip: Rozie Rahid & Amka Ahmad
  • Pengarah: Eoon Shuhaini
  • Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Syafnida Shuhaimi, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Jalaludin Hassan, Dian P.Ramlee, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Arryyan Petra

Watak Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu

Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu

Mengisahkan tentang Hazrul dan Daliya yang terpisah apabila Hazrul dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan merogol. Daliya yang terluka membawa diri bersama kandungan yang dirahsiakan daripada Hazrul.

“Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?”
– Daliya

Setelah dua tahun berpisah, Hazrul menemui Daliya dan mendapat tahu tentang kewujudan zuriatnya bersama si isteri. Lantas rancangan diatur untuk mendapatkan zuriatnya, Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin dan mahukan Daliya kembali padanya. Hazrul menggunakan anak kecil itu sebagai ruang untuknya memperbaiki semula hubungan dengan Daliya. Di samping itu, Nazli yang sentiasa setia di sisi Daliya juga menyimpan perasaan cinta terhadap Daliya.

Lagu Tema / OST Drama Lelakimu Yang Dulu

  • Hafiz Suip feat. Adira Suhaimi – Takdir Tercipta
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: