Langgan newsletter kami!
Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3)

Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3)

Tonton drama terbaru hasil adaptasi novel berjudul ‘Sabarlah Duhai Hati’ karya Mimie Afinie di TV3 bermula 28 April 2021, setiap hari jam 7.00 malam. Drama yang bersiaran melalui slot Akasia ini dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli. Drama ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Di samping itu, anda juga boleh saksikannya melalui aplikasi iQiyi.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 35 episod
  • Genre: Drama, Cinta, Keluarga
  • Klasifikasi: PG13
  • Mula Siaran: 28 April 2021
  • Waktu Tayangan: Isnin hingga Ahad, 7.00 malam
  • Stesen TV: TV3 Malaysia (Slot Akasia)
  • Penulis Skrip: Rehal Nuharis
  • Pengarah: Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin
  • Produksi: Suhan Movies & Trading
  • Senarai Pelakon: Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul, Ann Zain

Watak Pelakon

  • Saharul Ridzwan sebagai Affan
  • Amyra Rosli sebagai Fira
  • Izzue Islam sebagai Nazim
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
  • Iman Suhana sebagai Nadia
  • Aiman Badrul sebagai Danish
  • Fadilah Mansor sebagai Opah
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
  • Haleeda sebagai Laila
  • Emelda Rosemila sebagai Shima
  • Kodi Rasheed sebagai Rizal
  • Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
  • Pablo Amirul sebagai Johan

Lagu Tema / OST

  • Hanyut – Black Hanifah

Sinopsis Sabarlah Duhai Hati

Konflik timbul apabila kematian ibu bapa mereka meninggal secara tiba-tiba menyebabkan Fira menjaga Danish sendiri. Semasa menanggung kehilangan orang tersayang dan berjuang dengan fasa kehidupan barunya, Fira terkejut dengan lamaran Affan yang tiba-tiba, seorang lelaki yang hampir tidak dikenalinya.

Episod 1

Hidup Fira berubah sejak kelahiran adik bongsunya, Danish ketika usianya 20 tahun. Selepas 4 tahun, Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia. Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapai-kapai dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira dilamar oleh Affan.

Affan, seseorang yang Fira rapat ketika masih kecil, kini melamarnya untuk dijadikan Isteri. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan daripada sepupu Affan, Nadia. Nadia adalah calon isteri yang dipilih oleh Opah Affan. Nadia dapat tahu yang Affan bekerja sebagai cikgu sementara. Ini membuatkan Nadia mengambil keputusan untuk menjadi murid di dalam kelas Affan supaya Nadia dapat bertemu dengan Affan lebih kerap.

Episod 2

Affan benar-benar terkejut dan tak menyangka Firalah yang berikan surat cinta kepadanya selama ini. Affan tak pernah terfikir peminat misterinya adalah Fira sebab ada masanya, bukan pada hari Fira tuisyen pun dia masih dapat surat cinta. Lagipun, sebelum ini dia dah ingatkan Fira dan Dian jangan sibuk nak bercinta fokus pada pelajaran dulu. Balik rumah pula, Fira dikejutkan dengan berita daripada Zalina dan Hamidi yang Zalina mengandung. Memang selama ini Fira berhasrat untuk ada adik, tapi sekarang tak lagi. Dia tak suka dengan berita itu.

Fira mulakan perniagaan online dan suatu hari berlaku pertembungan secara tak sengaja antara Fira dengan Nazim dan membawa kepada perkenalan mereka berdua. Belum sempat Fira hendak kenalkan Nazim pada Dian, berlaku pergaduhan antara Fira dengan Dian. Dalam tempoh Fira dan Dian bergaduh, Fira banyak luangkan masa dengan Nazim. Walaupun Nazim mempunyai kerjaya yang bagus, tapi dia tak suka menunjuk, malah seorang yang soft spoken. Itu buatkan Fira selesa dengan Nazim. Tapi, Fira belum pernah ceritakan pasal hubungannya dengan Nazim kepada keluarganya.

Episod 3

Fira tahu Affan tinggal di rumah sendiri, sebab itu Fira selalu ke rumah Dian. Sesekali ada masanya Affan balik dan mereka bertembung, Fira nampak senyuman Affan seolah-olah sindir dia. Macam dia tak layak untuk bercinta. Nadia pula pada awalya cuba untuk tidak menujukkan yang dia betul-betul mengejar Affan, tetapi bila perangai Affan dari sehari ke sehari buatkan Nadia sakit jiwa, dia mula mengadu kepada Suhaily dan Nadia tidak sangka aduannya difahami dan disokong oleh Suhaily. Jadi, Nadia mula mempergunakan Suhaily untuk mendapatkan Affan.

Kemarahan Suhaily pula bukan kepada Affan sebab Affan mengelak dari Nadia, tapi lebih kepada Laila. Suhaily tuduh Laila yang mengajar Affan supaya Affan tidak mengikut kemahuan Suhaily mahu kahwinkan cucu-cucunya, sebaliknya mengikut pilihan Laila yang dulu berkahwin dengan pilihannya sendiri. Affan semakin kesiankan Laila.

Episod 4

Nur Syafira atau Fira, gadis cantik manis berusia 24 tahun dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Tetapi kelahiran adiknya, Muhammad Aiman Danish ketika dia sudah mencapai usia 20 tahun telah merubah segala-galanya. Konflik timbul dengan kematian ibu bapa mereka secara tiba-tiba menyebabkan dia terpaksa menjaga Danish sendirian. Semasa menanggung kehilangan orang yang disayanginya, dan berjuang dengan fasa baru hidupnya, Fira terkejut dengan lamaran Affan yang tiba-tiba, seorang lelaki yang dia sukai sejak sekolah menengah, abang kawan baiknya sendiri.

Episod 5

Fira cuba pujuk Nazim supaya tak berpisah dan nyatakan dia dah bagitahu Zalina, tapi Nazim tak boleh terima sebab tak nak lukakan hati Sharifah lepas dia dah setuju terima pilihan Sharifah. Nazim akan kahwin lepas raya. Fira kecewa dengan perbuatan Nazim. Dia putus cinta dan sedih, tapi dia sembunyikannya daripada Zalina dan mengelak untuk bercerita pasal Nazim dekat Zalina dan Hamidi. Disebabkan terlalu sedih dan tertekan, Fira buat kerja gila dengan tanam gambar-gambar dia dengan Nazim serta barang pemberian Nazim.

Johan ternampak perbuatan Fira. Dia bercerita dekat Affan yang dia syak Fira dah putus cinta sebab nampak frame gambar-gambar ditanam sekali. Johan yakin itu gambar boyfriend Fira, tapi dia tak nampak gambar boyfriend Fira itu.

Kemunculan Nick yang tersalah hantar WhatsApp dekat Fira. Mulanya Fira tak melayan, tapi sebab masa itu dia tertekan clash dengan Nazim dan tak boleh bercerita kepada siapa, Fira melayan WhatsApp Nick. Bagi Fira, Nick tak kenal dia dan dia tak kenal Nick, jadi dia tak kisah. Fira yakin takkan berjumpa dengan Nick walaupun dia cerita hal peribadi yang tak sepatutnya dia cerita kepada orang tak dikenali.

Episod 6

Disebabkan Fira terlalu sedih dan tak mampu buat apa-apa masa itu, Dian akhirnya telefon Affan dan beritahu pasal kemalangan itu. Affan, Laila, Hafidz dan Dian bawa Fira balik ke kampungnya untuk urusan pengebumian Zalina dan Hamidi.

Di kampung, ketika hendak mandikan jenazah Zalina, Fira terlibat sama dengan bantuan Laila yang banyak ajar Fira macam mana nak mandikan jenazah Zalina. Fira sedih dan menangis tak henti. Manakala Hamidi dimandikan oleh Affan bersama Hafidz. Semasa pengurusan jenazah, Fira sangat bersedih. Affan kasihan tengok Fira bersedih, tapi tak tahu nak pujuk bagaimana. Zana banyak menjaga Danish di masa ini sebab Fira langsung tak hiraukan Danish.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: