Langgan newsletter kami!
Drama Superhero Hati (Unifi TV)

Drama Superhero Hati (Unifi TV)

Superhero Hati adalah sebuah drama adaptasi novel karya Wardina Aisyah yang akan disiarkan melalui slot Salam HD, saluran 113 Unifi TV. Drama bersiri ini akan memulakan tayangan bermula Jumaat, 3 Januari 2020. Ia diarahkan oleh Rusdi Ramli dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd.

Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon hebat tanahair seperti Amar Asyraf, Ezzaty Abdullah, Nafiez Zaidi, Hanna Qistina, Raja Azmi, Aisya Hasnaa dan ramai lagi. Jadi sama-sama kita saksikannya!

Info Drama Bersiri

  • Tarikh Tayangan: 3 Januari 2019
  • Waktu Siaran: Setiap Jumaat, 6.00 petang
  • Stesen TV: Unifi TV (Salam HD)
  • Penulis Skrip: Rina Khan
  • Penulis Novel: Wardina Aisyah
  • Pengarah: Rusdi Ramli
  • Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Amar Asyraf, Ezzaty Abdullah, Nafiez Zaidi, Hanna Qistina, Raja Azmi, Aisya Hasnaa, Khalida Balqis, Umar Dzarif, Aishah Atan, Nur Izzah Atirah, Puteri Ateeqah, Dilla Ahmad, Ady Fakaruddin, Halimatussadiah, Sarah Mustafa, Zulhamizan Ilias, Bazli Baba

Watak Pelakon

  • Amar Asyraf sebagai Akasyah Alimin
  • Nafiez Zaidi sebagai Wan Daniel
  • Ezzaty Abdullah sebagai Dahlia Suhana
  • Umar Dzarif sebagai Adam Zakwan
  • Raja Azmi sebagai Hajah Fauziah
  • Aishah Atan sebagai Datin Faridah
  • Puteri Ateeqah Ayu sebagai Suraya
  • Hanna Qistina sebagai Zaza
  • Dilla Ahmad sebagai Sarimah

Sinopsis Superhero Hati

Mengisahkan tentang Akasyah Alimin, duda terhangat idaman wanita. Kehilangan isteri tercinta menyebabkan dia menjadi seorang yang menyendiri. Masanya hanya dihabiskan pada kerja dan pesakit-pesakitnya. Sehingga dia tidak sedar perbuatannya ini mengundang rasa kecewa di hati si kecil bernama Adam. Satu-satunya permata hati peninggalan arwah Zahida.

“Kalau abah sayangkan Adam, abah tak mungkir janji. Abah kata nak datang awal.. tapi abah tak datang pun. Kalau Adam masih ada mama.. tentu mama tak biarkan Adam tunggu lama-lama kat sekolah.” – Adam

Dahlia Suhana. Kenangan cinta monyet itu tak pernah dilupakan. Walau telah bertahun lamanya, lelaki pertama yang pernah dicintai dalam diam itu tetap bernafas dalam hati. Meski dirinya merupakan tunangan orang, namun si dia juga yang dinanti.

Wan Daniel, dia kasanova terhebat. Tak pernah kekal dengan mana-mana wanita. Baginya cinta ibarat menukar baju. Tak perlu kekal lama. Siapa sangka, hatinya tunduk pada seorang gadis gemuk yang comel. Berbagai usaha dilakukan sehingga dia berjaya meraih hati si gadis pujaannya itu. Namun, satu pertemuan, merubah segala-galanya.

“Saya dah lama cintakan awak. Sejak kita di bangku sekolah lagi. Cuma saya tak berani nak luahkan isi hati saya masa tu.” – Akasyah Alimin.

“Kenapa mesti ada pertemuan dan perpisahan? Sungguh.. Aku tak suka semua ni!” – Dahlia Suhana.

“Mungkin memang dah takdir hidup awak bersama dia dan bukannya saya. Apa pun keputusan awak, saya terima dengan hati terbuka. Cuma saya nak awak tahu, awak satu-satunya wanita yang berjaya membuka pintu hati saya untuk berumah tangga.” – Wan Daniel.

Suhana keliru. Siapa yang harus dipilih? Antara si doktor dan si juruterbang? Atau perlukah dia terus menguburkan perasaannya sendiri demi kebaikan semua orang? Benar, kisah cinta tak seharusnya berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan. Takdir Allah itulah yang terbaik.

Sumber: FB Unifi TV

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: