Langgan newsletter kami!
Suri Katriana

Drama Suri Katriana (Astro)

Suri Katriana adalah sebuah drama bersiri yang akan mula ditayangkan di Astro Prima dan Prima HD pada 30 Oktober nanti. Drama sebanyak 49 episod ini akan menghiasi Slot Tiara, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang. Watak-watak drama ini dilakonkan oleh Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.

Mengulas lanjut mengenai penampilannya dalam drama ini, Ernie Zakri mengakui watak psiko yang digalasnya agak berat, namun perkara itu tidak menghalang beliau untuk terus berlakon pada masa akan datang.

“Jauh dalam sudut hati, saya agak menyesal terima tawaran berlakon drama ini kerana pada mulanya, saya dengar watak Suri hanya perlu menyanyi dan menari. Saya fikir macam ‘kacang’ sahaja namun lain pula jadinya. Apa pun, siapa saya untuk menolak rezeki. Mana tahu jika selepas ini ada tawaran berlakon yang bersesuaian, saya akan mempertimbangkannya” – Ernie Zakri

Sementara itu, Che Ta pula berkata yang dia sentiasa bersikap realistik dan tidak sesekali menolak sekiranya ditawarkan memegang watak kakak atau emak, asalkan berbaloi dengan keringat yang dicurahkan.

“Sudah lama saya berlakon watak kakak atau ibu, malah sebelum ini, pernah menggalas karakter sama dalam drama seperti Hani dan Kak Marr. Saya tidak kisah jadi emak atau kakak kerana di luar skrin, penampilan saya tetap muda” – Rozita Che Wan

Info Drama Suri Katriana

  • Episod: 49 episod
  • Genre: Cinta, Thriller
  • Mula Tayangan: 30 Oktober 2019
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, 6.00 petang
  • Stesen TV: Astro Prima & Prima HD (Slot Tiara)
  • Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
  • Produksi: Metrowealth Pictures
  • Senarai Pelakon: Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Dhia Arissa, Qhaira Imani

Watak Pelakon Drama Suri Katriana

  • Ernie Zakri sebagai Suri
  • Ummi Nazeera sebagai Katriana / Kat
  • Aishah Azman sebagai Yasmin
  • Nadiya Nisaa sebagai Saerah
  • Ezzaty Abdullah sebagai Edora
  • Zul Huzaimy sebagai Pejai / Faizal
  • Nazim Othman sebagai Danial
  • Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq
  • Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
  • Fadilah Mansor sebagai Mak Limah
  • Eleena Sui sebagai Amanda
  • Ryzal Jaafar sebagai Rizal

Lagu Tema / OST Suri Katriana

Ernie Zakri – Sinar Mata Hati

Sinopsis Drama Suri Katriana

Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri. Beliau begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.

Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq, bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal.

Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya amat berlainan dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat, yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.

Apakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ernienators Official (@ernienators_official) on

Aksi Drama Bersiri Suri KatrianaBabak Suri Katriana

Lakonan Suri Katriana

Nazim Othman Dan Ummie Nazeera Dalam Suri Katriana

Pelakon Suri KatrianaScene Drama Suri Katriana

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: