Langgan newsletter kami!
Poster Drama Sweet Dreams Megadrama Astro Episod

Drama Sweet Dreams (Astro Ria)

Drama Sweet Dreams (Malaysia) adalah adaptasi novel Sweet Dreams karya Acik Lana yang akan disiarkan di slot MegaDrama di Astro Ria. Drama ini diarahkan oleh Michael Ang dan dibintangi oleh pelakon cantik Mira Filzah dan Ben Amir. Waktu tayangannya bermula 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Info Drama Sweet Dreams

  • Mula Tayangan: 5 Ogos 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10.00 malam
  • Stesen TV: Slot MegaDrama (Astro Ria)
  • Penulis Novel: Acik Lana
  • Penulis Skrip: Nazri M. Annuar
  • Pengarah: Michael Ang
  • Pelakon: Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah

Watak Pelakon Drama Sweet Dreams

  • Mira Filzah sebagai Putri
  • Ben Amir sebagai Qash Adam
  • Sean Lee sebagai Karl
  • Nina Juren sebagai Puan Laila
  • Yuna Rahim sebagai Cempaka
  • Nasz Sally sebagai Farah
  • PU Azman sebagai Cik Man
  • Didi Astillah sebagai Melissa

Sinopsis Drama Sweet Dreams

Putri (Mira Filzah), diberi gelaran seperti Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia terjatuh ke dalam longkang. Tidak dapat dipastikan sama ada dia betul bernasib malang atau sememangnya mempunyai masalah koordinasi fizikal tidak seimbang.

Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam (Ben Amir) seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan ini membuatkan seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Pelakon Sweet Dreams Mira Filzah Dan Ben Amir

Poster Drama Sweet Dreams Megadrama Astro Episod

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: