Langgan newsletter kami!
Syurgaku Tak Sempurna 2

Drama Syurgaku Tak Sempurna 2 (Unifi TV)

Syurgaku Tak Sempurna 2 adalah sekuel drama dari siri sebelum ini. Ia ditayangkan di Unifi TV bermula 9 Oktober 2019 melalui HyppSensasi Saluran 116. Drama 30 episod ini dibintangi oleh ramai pelakon popular seperti Raja Ilya, Shah Iskandar, Haliza Misbun, Eizlan Yusof, Arja Lee dan Zarina Zainoordin. Drama ini diterbitkan oleh Darkwave Pictures Sdn Bhd dan diaeahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad.

Info Drama Syurgaku Tak Sempurna 2

  • Episod: 30 episod
  • Mula Tayangan: 9 Oktober 2019
  • Waktu Siaran: Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam
  • Stesen TV: Unifi TV (HyppSensasi Saluran 116)
  • Idea Asal: Dato Rafiena Ezanee Ramli
  • Penulis Skrip: Ayuni Zamani
  • Pengarah: Raja Mukhriz Raja Ahmad
  • Produksi: Darkwave Pictures Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Raja Ilya, Shah Iskandar, Haliza Misbun, Eizlan Yusof, Arja Lee, Zarina Zainoordin, Zaidi Omar, Fuad Al Hakim, Liza Abdullah, Mustapha Kamal, Putri Qaseh, Arwan Umar, Sazerin Zainal, Azerin Zainal, Riena Amirah

Watak Pelakon Drama Syurgaku Tak Sempurna 2

  • Raja Ilya sebagai Zalia
  • Shah Iskandar sebagai Tengku Zarif
  • Arja Lee sebagai Tengku Zahir
  • Zarina Zainoordin sebagai Jun
  • Haliza Misbun sebagai Fariesya
  • Eizlan Yusof sebagai Hakimi
  • Zaidi Omar sebagai Zahid
  • Fuad Al Hakim sebagai Joe
  • Liza Abdullah sebagai Puan Sri Suhana
  • Mustapha Kamal sebagai Tengku Kamal
  • Putri Qaseh sebagai Tengku Zara

Sinopsis Syurgaku Tak Sempurna 2

Drama ini mengisahkan tentang Zalia yang kini bahagia dengan keluarganya. Zahid dibebaskan awal dari penjara dengan bantuan kumpulan peguam yang dibiayai sepenuhnya oleh Tengku Zarif. Jun muncul semula dengan satu rahsia. Zahir pula masih menyimpan dendam terhadap keluarganya. Namun kisah ini tidak berkahir di sini, Fariesya muncul semula tetapi kali ini, Zalia sudah pun bersedia dengan rancangan yang lain. Masihkah ada syurga bahagia buat Zalia bersama Tengku Zarif dan Tengku Zara? Saksikan kesudahan sekuel Syurgaku Tak Sempurna ini ekslusif di Unifi TV.

Lagu Tema / OST Syurgaku Tak Sempurna 2

  • Luqman Faiz – Kepuraanmu

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: