Langgan newsletter kami!
Scane Drama Titian Takdir TV3

Drama Titian Takdir (TV3)

Titian Takdir adalah sebuah drama bersiri sebanyak 13 episod yang akan ditayangkan melalui Slot Lestary TV3. Ia akan mula bersiaran pada 9 Januari 2020 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam. Drama ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading.

Teraju utama bagi drama ini ialah pelakon remaja cantik Sweet Qismina, Nadia Brian, Fimie Don dan Syazuwan Hassan. Di samping itu, antara pelakon lain yang membarisi drama ini adalah Fazren Rafi, Atiq Azman, Bella Dowanna, Dhia Irdina, Habiel Lutfillah, Syamim Razi, Putri Syahadah Nurjannah, Asyiqin Zaed, Balkisyh Semundur Khan, Zarynn Min, Normah Damanhuri, Mahmud Ali Bashah, Emelda Rosmila dan Yumna Ayuna.

Sementara itu, Sweet Qismina mencuri perhatian dalam drama ini apabila muncul dengan imej rambut rona jingga kemerah-merahan. Tiada lagi rambut hitam berkilat paras lepas bahunya yang dipuji ramai pihak sebagaimana yang sering dilihat sebelum ini.

“Sebenarnya saya risau juga dengan pendapat netizen kerana mereka suka membuat kecaman andai melihat warna rambut ketika ini.”

“Jujurnya saya sendiri kurang selesa membawa imej sebegini, akan tetapi atas kehendak watak saya cuba untuk bawa ia sebaik mungkin” jelas Sweet Qismina yang tidak mahu isu ini terusan menjadi pertanyaan ramai.

Info Drama

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 9 Januari 2020
  • Waktu Siaran: Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Lestary)
  • Penulis Skrip: Sharifah Abu Salem
  • Pengarah: Nazir Jamaluddin
  • Produksi: Suhan Movies & Trading
  • Senarai Pelakon: Sweet Qismina, Nadia Brian, Fimie Don, Syazuwan Hassan, Fazren Rafi, Atiq Azman, Bella Dowanna, Dhia Irdina, Habiel Lutfillah, Syamim Razi, Putri Syahadah Nurjannah, Asyiqin Zaed, Balkisyh Semundur Khan, Zarynn Min, Normah Damanhuri, Emelda Rosmila, Yumna Ayuna

Watak Pelakon

  • Sweet Qismina sebagai Aishah / Karina
  • Nadia Brian sebagai Along
  • Fimie Don sebagai Ayoi
  • Syazuwan Hassan sebagai Nazmi / Jimi
  • Atiq Azman sebagai Eddie
  • Mahmud Ali Bashah sebagai Datuk Jufri
  • Emelda Rosmila sebagai Datin Rina
  • Zarynn Min sebagai Wati
  • Fazren Rafi sebagai Dr Kamil
  • Bella Dowanna sebagai Mimi
  • Putri Syahadah Nurjannah sebagai Along
  • Syamim Razi sebagai Nazmi
  • Habiel Lutfillah sebagai Ayoi
  • Dhia Irdina sebagai Aisyah
  • Asyiqin Zaed sebagai Izan
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Che Yun
  • Normah Damanhuri sebagai Wan Jah

Lagu Tema / OST Titian Takdir

  • Selamanya – Usop
  • Ruang Mimpi – Neeta
  • Teguh Setia – Muna Shahira
  • Ku Harap – Aqil

Sinopsis Drama Titian Takdir

Drama ini mengisahkan tentang empat adik beradik iaitu Latifah, Nazmi, Ayoi dan Aishah yang kehilangan ibu semenjak kecil. Mereka terpaksa tinggal dengan keluarga mertua tanpa belaian kasih sayang yang sempurna. Kerana kesempitan hidup, adik bongsu mereka Aisyah terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat iaitu Datuk Jufri dan Datin Rina. Sejak itu mereka terpisah.

Ketika meningkat dewasa, Nazmi cuba menyatukan kembali adik beradiknya yang terpisah. Aishah mengangap dia sudah tidak ada lagi adik beradik dan mahu dikenali sebagai Karina iaitu seorang artis. Latifah kini bekerja dengan Dr Kamil di sebuah klinik. Ayoi pula menjadi seorang samseng.

Sumber: TV3 Official

Drama Titian Takdir TV3 Malaysia

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: