Langgan newsletter kami!
Drama Utusan Cinta Buat Adam

Drama Utusan Cinta Buat Adam (TV3)

Utusan Cinta Buat Adam adalah drama yang bersiaran di TV3 menerusi Slot Akasia bermula 3 Julai 2019. Drama ini adalah hasil adaptasi novel karya Myra Ameer dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Along Kamaludin.

Info Drama Utusan Cinta Buat Adam

  • Episod: 28 episod
  • Tarikh Tayangan: 3 Julai 2019
  • Waktu Siaran: 7.00 – 8.00 malam (Isnin-Jumaat)
  • Stesen TV: TV3 (Slot Akasia)
  • Penulis Novel: Myra Ameer
  • Pengarah: Along Kamaludin
  • Produksi: A-Ten Alliances Sdn Bhd
  • Pelakon: Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim

Senarai Pelakon & Watak Dalam Drama Utusan Cinta Buat Adam

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam

Mengisahkan tentang Doktor Aireen Husna yang dalam usia mencecah 30-an, mengimpikan lelaki beriman sebagai jodohnya. Pertemuan beberapa kalinya dengan Adam Firdaus di masjid, telah menambat hati Aireen walaupun tidak kenal siapa gerangan orangnya.

Adam Firdaus, seorang pensyarah berusia 35 tahun masih belum menemui wanita yang berkenan di hatinya walaupun sudah ramai calon menantu pilihan dari keluarganya.

Namun begitu, sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman hidup.

Perkahwinan Adam dan Aireen tidak direstui nenek adam, Tok Wan yang mahu cucu kesayangannya itu berkahwin dengan Liyana. Keangkuhan Tok Wan dan kejahatan Liyana membuatkan mahligai bahagia yang dibina hampir rebah. Kesetiaan dan pengorbanan menjadi benteng cinta antara Adam dan Aireen. Biarpun Aireen diduga, dia tetap setia berjaga. Dia rela dibenci, jika akhirnya cinta yang menanti.

Lagu Tema / OST Utusan Cinta Buat Adam

  • Sharifah Zarina – Pernah Bahagia
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. tak sabar nak tunggu cerita nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: