Langgan newsletter kami!
Filem Banglo No 99

Filem Banglo No 99 (2019)

Banglo No 99 adalah sebuah filem berlatar belakang thriller dan suspen hasil arahan Khir Mohd Noor. Ia akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara di Malaysia, Singapura dan Brunei pada Khamis, 12 Disember 2019.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah Johan As’ari, Datuk Yusof Haslam, Hafeez Mikail, Bkay Nair, Camelia Natasya Kmn dan Harun Hashim.

Info Banglo No 99

  • Tarikh Tayangan: 12 Disember 2019
  • Genre: Suspen / Ngeri
  • Durasi: 1 Jam 36 Minit
  • Klasifikasi: P13
  • Pengedar: Xtreme 5 Productions Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Johan As’ari, Datuk Yusof Haslam, Hafeez Mikail, Bkay Nair, Camelia Natasya Kmn, Harun Hashim
  • Pengarah: Khir Mohd Noor

Sinopsis Banglo 99

Filem Banglo No. 99 adalah berdasarkan kisah benar mengenai 99 Mansion iaitu kediaman Tengku Izzudin yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Terdapat banyak kejadian paranormal dilaporkan terjadi di rumah banglo 99 Mansion ini. Ia cukup terkenal sebagai antara rumah berhantu paling keras di Malaysia.

Satu ketika dahulu, Tengku Izzudin tinggal di sini bersama-sama beberapa ahli keluarga termasuk isterinya, Syarifah dan anaknya Tengku Putera Shah. Malangnya, kesemua ahli keluarga beliau meninggal dunia tanpa diketahui punca kematian mereka. Dr. Amar adalah doktor peribadi Tengku Izzudin Shah serta jururawat Linda. Sebelum meninggal, Tengku Izzudin Shah telah mewasiatkan supaya Banglo No. 99 dijadikan sebagai sebuah hospital untuk merawat orang-orang kampung yang sakit.

Selepas 30 tahun Banglo No. 99 ditinggalkan ianya menjadi usang serta tidak berpenghuni. Walau bagaimanapun Hisyam, seorang kontraktor dan jurutera awam telah menawarkan kerja-kerja baik pulih kepada firma Putera Shah. Tawaran Hisyam diterima dan Putera Shah mengarahkan dua orang rakan sekerjanya iaitu Rafael dan Camelia untuk turut sama membantunya.

Lawatan tapak telah dilakukan ke Banglo No. 99 di mana Hisyam, Putera Shah, Rafael dan Camelia telah bermalam di dalam khemah di tepi tasik berdekatan dengan banglo tersebut. Beberapa kejadian aneh yang menyeramkan telah berlaku ketika mereka masuk ke dalam Banglo No. 99.

Apa yang terjadi seterusnya? Apakah kisah sebenar di sebalik Banglo No 99 ini? Nantikan puaka banglo 99 mengamuk di pawagam bermula 12 Disember ini.

Trailer / Teaser

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: