Langgan newsletter kami!
Filem Garang Header

Filem Garang (2019)

Filem Garang atau ‘Garang The Movie’ adalah sebuah filem aksi sukan yang berkisarkan atlet paralimpik dalam acara lumba kerusi roda. Ia diarahkan oleh Kan Varren dan dilakonkan oleh Pablo Amirul, Ahmad Maembong dan ramai lagi.

Filem berdurasi sejam setengah terbitan Sakti FilmĀ ini bakal menemui penonton pada 5 Disember 2019.

Info Filem

  • Tarikh Tayangan: 5 Disember 2019
  • Genre: Aksi / Sukan
  • Bahasa: Melayu
  • Klasifikasi: P13
  • Durasi: 1 Jam 39 Minit
  • Terbitan: Sakti Film Sdn Bhd
  • Pengedaran: Skop Production Sdn Bhd
  • Pelakon: Pablo Amirul, Ahmad Maembong, Osman Omar, John Elijah, Chacha Maembong, Emma Maembong, Jalil Hamid, Wan Hanafi Su, Adam Lee, Izam Hamid, Syukur Hamid, Putri Qaseh, Othman Abu Bakar
  • Penampilan Khas: Emma Maembong (nantikan sehingga hujung filem)
  • Pengarah: T. Kanageswaran (Kan Varren)
  • Format: 2D

Sinopsis

Mengisahkan tentang Izam seorang atlet paralimpik dalam acara lumba kerusi roda. Satu insiden yang berlaku pada Izam telah menimbulkan sengketa antara Jasmin dan Reza. Mereka juga adalah insan istimewa atau OKU yang handal berkerusi roda.

Persengketaan ini telah memaksa Jasmin mendapatkan pertolongan dari 3 sahabat lamanya. Siapakah mereka? Mampukah 3 sahabat ini merungkai segala konflik yang ada? Semuanya pasti terjawab di dalam ‘ Garang’!

Trailer / Teaser

Poster

Filem Garang 2019

Rujukan: Facebook Garang The Movie

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: