Langgan newsletter kami!
Filem Rock 4

Filem Rock 4: Rockers Never Dai

Rock 4: Rockers Never Dai adalah antara sebuah filem yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2020 ini. Ia adalah filem sekuel susulan kejayaan trilogi filem rock sebelum ini iaitu Rock (2005), Rock Oo! (2013) dan Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan (2016). Filem arahan pengarah tersohor Mamat Khalid ini sememangnya mempunyai branding dan peminat yang tersendiri.

Rock 4 dibintangi oleh Sharwani NS, Hazama dan juga beberapa wajah baru seperti Adam John, Nazimi Fahmi dan Bulan Terry sebagai Rimba Bara 2. Filem berunsurkan komedi dan muzik ini bakal menjengah pawagam pada Februari 2020 nanti. Harap kita semua sabar menanti dan teruskan menyokong industri filem tempatan.

Info Filem Rock 4: Rockers Never Dai

  • Tarikh Tayangan: 20 Februari 2020
  • Genre: Komedi / Muzik
  • Pengedar: Primeworks Studios
  • Pelakon: Sharwani, Hazama Azmi, Adam John, Nazimi Fahmi, Bulan Terry
  • Pengarah: Mamat Khalid
  • Format: 2D

Sinopsis Filem Rock 4: Rockers Never Dai

Filem terbaru ini adalah kesinambungan dari filem ketiga yang mana Dio yang terlibat dengan kemalangan sebelum ini telah koma untuk satu tempoh yang cukup lama. Apabila dia terjaga, dia menyedari dirinya berada pada zaman moden.

Dia kemudian bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan menubuhkan Rimba Bara 2. Kumpulan Rimba Bara 2 mengharungi perit getir dalam mengekalkan legasi kumpulan asal Rimba Bara dalam arena rock tanah air. Berjayakah mereka mempertahankannya?

Teaser / Trailer Filem

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: