Info Filem Suatu Ketika

  • Nama Filem: Suatu Ketika – Langitkan Impianmu
  • Mula Tayangan: 12 September 2019
  • Genre: Drama / Sejarah / Sukan
  • Klasifikasi: U
  • Jumlah Masa: 1 jam 34 Minit
  • Pengarah: Prakash Murugiah
  • Produksi: Kash Pictures Network
  • Pengedar: GSC Movies
  • Senarai Pelakon: Namron, Pekin Ibrahim, Din Tamam, Syafnida Shuhaimi, Naza Manas, Farah Ahmad

Sinopsis Filem Suatu Ketika

Sebuah cerita yang berlatarbelakang era sebelum merdeka pada tahun 1952. Filem ini berkisarkan persahabatan, perpaduan dan mengejar impian. Ia mengisahkan tentang semangat juang kanak-kanak sekolah kampung menentang pelajar sekolah British di dalam pertandingan bola sepak. Dengan bantuan seorang pekebun sekolah, mereka bersama-sama mengharungi cabaran dan mempelajari semangat setia kawan.

Biarpun mempunyai masalah kesihatan, perkara itu tidak menghalang impian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mencuba sedaya upaya untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bersama seorang tukang kebun. Mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan “JG Davidson Cup”. Saksikan kisah perjalanan mereka ini.

Suatu Ketika

Carian Berkaitan: Downloand free film pusaka 2019