Langgan newsletter kami!
Rendam Kaki Dalam Ais

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Dalam Ais Batu

Untuk pengetahuan anda, amalan rendaman kaki dengan air yang dicampurkan degan sedikit ais batu mempunyai banyak khasiat seperti dapat melegakan ketegangan otot dan ianya juga dapat mengelakkan dari gangguan jin. Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi orang yang sukar tidur malam adalah baik jika diamalkan. Bagi masalah sakit kepala pula ataupun bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.

Menurut perubatan Islam, sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan merasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang direndam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh anda ada mengalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya diamalkan insyaAllah dengan izin Allah jin akan terhindar daripada tubuh anda.

Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengan daun bidara, limau dan garam bukit dalam air berais itu. Kesannya adalah amat baik dalam tubuh badan kita.

Bolehlah diamalkan membaca surah di bawah sebelum merendam kaki ke dalam air.

  • Surah Al-Fatihah – sebanyak 7 kali
  • Surah Al-Ikhlas – sebanyak 7 kali
  • Dan selawat sebanyak 7 kali

InshaaAllah dengan izin Allah, kaki dan badan anda akan berasa lebih ringan.

Menurut perubatan Islam, kesan gangguan makhluk halus adalah seperti simpton di bawah:

  • Kaki anda berasa pijau bila direndam di dalam ais
  • Lenguh dan kebas pada kaki
  • Sakit seperti mencucuk di kaki

Sekiranya anda ada mengalami kesan seperti ini dinasihatkan agar anda pergi mendapatkan rawatan perubatan Islam yang berhampiran (wallahualalm).

Haruslah diingat ini adalah salah satu cara alternatif dalam rawatan Islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat pesakit. Perlu diingatkan, hanya dengan izin Allah sahaja sakit anda akan sembuh ataupun berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.

Sumber: FB Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: