Langgan newsletter kami!
Iman Mutiara 2019 Nazrey Johani

Lirik Lagu Iman Mutiara 2019 – Nazrey Johani

Lirik Lagu Iman Mutiara 2019

Iman Mutiara 2019 adalah penerbitan semula lagu daripada versi 2006. Iman Mutiara (2006) adalah antara single popular kumpulan nasyid Raihan yang pernah memenangi Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat pada ABPBH 32. Untuk rekod, Nazrey Johani adalah bekas vokalis utama kumpulan nasyid popular, Raihan yang turut dianggotai oleh Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim

Songwriter: Nazrey Johani
Producer: Fuadko & Wan Saleh
Guitar & backing vocals: Fuadko
Flute: Amir Ali
Music arrangment/mixing/mastering: Wan Saleh
Label: Inteam Digital

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

(Iman adalah mutiara..)
(Iman adalah mutiara..)

Ooh iman, Ooh iman, Ooh iman engkaulah mutiara

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Streaming Lagu Iman Mutiara 2019

Dengarkan lagu ini secara streaming melalui pautan link di bawah:

Disclaimer: Kami tidak menyediakan pautan download mp3 lagu kerana ia salah di sisi undang-undang. Kami juga menyokong penuh karya seni penyanyi, penulis lirik dan komposer yang terlibat. Jika anda sayangkan muzik dan karya artis ini, sila dapatkan lagu/single/album yang original melalui laman media streaming yang sah seperti JOOX, Spotify, Apple Music, iTunes, KKBOX, Deezer, Tidal dan lainnya, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan dari sumber yang sah.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: