Langgan newsletter kami!
Zizan Razak Kau Takkan Tahu

Lirik Lagu Kau Takkan Tahu – Zizan Razak

Kau Takkan Tahu

Penyanyi: Zizan Razak
Komposer: Alif for Magic Potions
Lirik: Alif for Magic Potions / Ariz for Talegas Production
Label: Rocketfuel Entertainment

VERSE 1
Ku selesa sudah berpunya
Dia juga berteman dan khabarnya bahagia
Urusan aku dengannya 8 ke 5 saja
Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa

Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa
Biar suku hari berbualkan kisah masa
Biarpun kudapan berhadapan dan semeja
Batas sudah jelas tak perlu jelas berjela

Tapi yang berlaku itu ku kurang mengerti
Pandangan berubah merenungnya saban hari
Mungkin ini kisah rasa atau soal hati
Bukan kurang peka perasaan si menanti

Bukan kurang peka perasaan si menanti
Sedar nya setia tika pulang petang nanti
Jangan pernah runsing selagi tidak berlaku
Ku tidak akan runsing.. Cuma..

CHORUS 2X
Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu

VERSE 2
Kalau ku membanting tulang
Kalau ku menjaga kata
Dan kalau ku lebihkan masa
Dan kalaulah kau begitu juga

Masalah yang tidak dibincang
Di angkasa tapi tiada bintang
Dan hadiah tak semua disimpan
Ku setia tak perlu diiklan

Mungkin bukan masa yang kau perlu
Mungkin aku saja yang kau perlu
Boleh diatasi satu-satu
Ku hampir mula, tunggu aku, cuma..

CHORUS 2X

BRIDGE
Jasad hadir tapi hati tak begitu
Firasat akhir bukan ku yang di situ
untuk kamu aku bukan lagi ratu
Tak cukup sempurna malah buang waktu
Dirundung sepi ku di hurung murung
Cinta agung lepas dari junjung
Ku usung hiba, kelam, mendung
Namun kau hanya membiar.. biar.. biar

VERSE 3
Kadang aku tertanya
Salah-salah kita ada di mana
Bagaimana harus ini berakhir?
Banyak yang terpendam dari yang terzahir

Nanti dulu sayang, sebentar wahai sayang
Mungkin seperkara dua ku terlepas pandang
Ku masih lagi sayang
Kau nyawa ku sayang
Biar ku jelaskan salah faham yang kau bayang

CHORUS 2X

[infobox style=”alert-success”] Disclaimer: Kami tidak menyediakan pautan download mp3 lagu kerana ia salah di sisi undang-undang. Kami juga menyokong penuh karya seni artis, penyanyi, penulis lirik, komposer dan syarikat produksi yang terlibat. Jika anda sayangkan muzik dan karya ini, sila muat turun dan dapatkan lagu ini secara sah.
[/infobox]
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: