Langgan newsletter kami!

Luahan Seorang Guru Zaman Moden

Fenomena El-Nino. Esok Johor sekolah.

Cikgu-cikgu berharap esok cuti.
Mak bapak berharap esok sekolah.
Masing-masing ada reason. Cikgu harap dapat cuti untuk rehat. Mak bapak harap esok sekolah supaya mereka tak perlu ambil cuti kecemasan sebab jaga anak-anak yang bercuti.

Dua hari lepas terbaca kat FB tentang seorang bekas cikgu yang kata “bosan” jadi cikgu sebab buat perkara sama setiap tahun. Letak jawatan dan fokus berniaga. Katanya lagi banyak dapat income dan lagi kurang tekanan.

Semalam, kawan aku juga bakal meletak jawatan sebagai cikgu. Untuk fokus pada perniagaan katanya. Yang masih jadi cikgu pun ramai yang berniaga sekarang. Sampai ambil cuti tanpa gaji setahun untuk fokus pada bisnes.

Seorang kawan yang juga cikgu pernah bagitau, sekolah sekarang bukan macam dulu. Dulu jadi cikgu, tekanan nak ajar anak murid menjadikan cikgu bertahan dan redha. Keluar pepatah “guru bagaikan lilin membakar diri“. Tapi bila sekarang tekanan datang dari pelbagai sudut, redha itu boleh hilang.

Tak kira tekanan dari JPN/PPD, tak kira lagi tekanan dari mak bapak yg manjakan anak, tekanan kerja-kerja yg “bukan mengajar” dan termasuklah faktor ekonomi menyebabkan sebahagian atau kebanyakkan cikgu yang aku kenal, tidak lagi redha dgn kerjaya mereka.

Kalau yang dah tidak redha lagi tapi masih meneruskan bekerja pun hanya kerana untuk tujuan “ekonomi keluarga” dan sayang nak lepaskan satu-satunya jawatan (guru) yang dikatakan banyak privilege berbanding jawatan lain dalam sektor kerajaan.

Kawan aku yang sorang lagi antara guru besar termuda di Malaysia. Minat dalam mendidik beliau sulamkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan hobi beliau di sekolah, menjadikan kerjayanya seronok. Dari guru biasa, sampai jadi Guru Besar, beliau bawakan hobinya ke sekolah. Makanya tidak timbul issue “bosan” atau menjadikan alasan untuk wujud rasa “tidak redha” dgn kerjaya sendiri.

Wallahualam..

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. untung sebenarnya jadi cikgu, pahala mengalir macam air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: