Langgan newsletter kami!
MTTM Syahmi Sazli

Mael Totey The Movie (Astro First)

Youtuber popular, Syahmi Sazli mengambil langkah drastik dan  berani apabila tampil mengarahkan filem pertamanya berjudul ‘Mael Totey The Movie‘. Seperti kebanyakan video beliau di Youtube, filem MTTM ini bakal menampilkan genre komedi dan merupakan kesinambungan video-video siri Mael Totey di Youtube channel miliknya. Semua 24 episod video drama spontan tersebut telah mencatat 94.74 juta tontonan selepas dimuat naik ke Youtube sejak Jun tahun lalu.

Jika anda adalah peminat dan followers Syahmi Sazli, tentunya anda tidak berasa asing dengan barisan pelakon yang ditonjolkan seperti Asif Suhaimi dan Yoe Parey. Filem yang menampilkan loghat kelantan ini akan menemui penonton melalui saluran berbayar Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober 2020 dengan harga langganan RM15. Dengan langganan tersebut, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Syahmi! Sek kito jange pecah.

Info Filem

  • Genre: Komedi
  • Tarikh Tayangan: 22 Oktober 2020 (Khamis)
  • Stesen TV: Astro First (saluran 480)
  • Pengarah: Syahmi Sazli
  • Produksi: Syahmi Sazli Production
  • Senarai Pelakon: Syahmi Sazli, Emaleen Minhad, Aween Ismail, Asif Suhaimi, Yoe Parey, Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff
  • Instagram Rasmi: @maeltoteyofficial

Sinopsis Mael Totey The Movie

Mengisahkan tentang seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. Jadi, apakah kesudahan kisah ini? Sama-sama kita tonton melalui pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.

Trailer Mael Totey The Movie

Mael Totey The Movie Syahmi Sazli

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: