Langgan newsletter kami!
Poster Nenek Aku Instafamous

Nenek Aku Instafamous (TV1 RTM)

Nenek Aku Instafamous ialah sebuah telefilem terbaru TV1 RTM yang berunsurkan komedi kekeluargaan. Ia akan ditayangkan pada Sabtu ini, 7 Disember 2019, jam 9.00 malam, menerusi Slot Panggung RTM.

Telefilem Melayu ini dibintangi oleh Ewal, Normah Damanhuri, Sham Visa, Zarynn Min, Najua Nasir (Cucu kepada P. Ramlee), Mubarak Majid, Wan Raja, Ken Redzuan, Jalil Hamid dan Lieza Khalid.

Untuk senarai telefilem terbaru 2019, boleh rujuk page ini.

Info Telefilem

  • Genre: Komedi / Keluarga
  • Tarikh Tayangan: 9 Disember 2019 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 malam
  • Stesen TV: Slot Panggung TV1 (RTM)
  • Penulis Skrip: Tasya Soraya
  • Pengarah: Ikhsan Sukiman
  • Produksi: Unit Drama TV RTM
  • Pelakon: Ewal, Normah Damanhuri, Sham Visa, Zarynn Min, Najua P. Ramlee, Mubarak Majid, Wan Raja, Ken Redzuan, Jalil Hamid, Lieza Khalid

Sinopsis Nenek Aku Instafamous

Mengisahkan tentang Rafiq iaitu seorang instafamous yang sedang membuat video viral mengenai “What does it mean to be 21”. Beliau telah ditangkap atas kesalahan menerima bahan terlarang di dalam kelab malam. Sebagai seorang yang popular di kolej, Rafiq telah digantung kolej selama sepenggal bagi membersihkan nama kolej dan meredakan keadaan pada ketika itu.

Mansor dan Lia yang merupakan ibu bapa kepada Rafiq kesal dengan perkara tersebut. Sebagai ayah yang juga merupakan seorang selebriti dan sibuk mencari nafkah buat keluarganya, Mansor meletakkan seluruh kesalahan kepada Lia yang juga seorang motivator berpengaruh kerana tidak mengawasi aktiviti anak mereka.

Setelah berfikir panjang, Lia akhirnya menyuarakan cadangan agar Rafiq dihantar pulang ke kampung suaminya untuk menghabiskan cuti penggantungan Rafiq dari kolej. Mansor yang masih menyimpan dendam pada ibunya, Mak Timah Andam mengenai perpisahan ibu dan ayahnya ketika dia masih kecil pada awalnya menolak. Namun setelah diyakinkan bahawa itu adalah jalan terbaik untuk menyembunyikan Rafiq dari masyarakat umum, Mansor terpaksa bersetuju.

Rafiq terpaksa menurut dan akur akan kata ibu dan bapanya. Kehidupan di kampung membuatkan Rafiq bosan sehinggalah Rafiq mengetahui bahawa neneknya Mak Timah Andam merupakan seorang usahawan jamu dan mempunyai instagram serta pandai membuat video tutorial.

Kagum akan kehebatan neneknya, Rafiq membantu menaikkan follower instagram Mak Timah Andam dan membantu mempromosikan jamu sehingga Mak Timah Andam dikenali dengan nama “Granny With Masquerade” dan popular.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: