Langgan newsletter kami!

Petua Pemilihan Hartanah Bernilai

Terdapat banyak kaedah dalam penilaian hartanah yang bakal dibeli sama ada baik atau tidak. Anda boleh membuat analisa secara spesifik dan juga umum. Mari kita lihat bagaimana pelabur hartanah membuat penilaian yang tepat ketika hendak melabur dalam sesebuah kawasan perumahan atau pun hartanah yang baru. Berikut adalah beberapa kriteria pemilihan hartanah yang sangat bernilai.

1. Berdekatan Pusat Beli Belah
Rumah yang berdekatan dengan kemudahan pusat beli belah akan bernilai tinggi, malah harga sewa juga tinggi kerana rumah yang terletak berdekatan pusat membeli belah seperti Aeon, Tesco, Parkson dan sebagainya, memudahkan penyewa membeli barang-barang keperluan mahupun tempat riadah dan bersosial.

2. Berhampiran Lebuh Raya
Ramai antara kita mengambil mudah faktor lebuh raya. Sebenarnya, rumah yang berhampiran dengan lebuh raya lebih disukai pembeli dan penyewa kerana lebih senang untuk mereka yang bekerja dengan mengunakan lebuh raya. Sekarang ini terdapat banyak lebuh raya di Lembah Klang dan juga lokasi yang berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.

3. Institusi Pengajian atau Pusat Latihan
Memang apabila kita sebut kolej atau universiti, ianya berkaitrapat dengan penyewa rumah dan rumah sewa yang tidak mencukupi. Anda boleh membayangkan bagaimana permintaan yang tinggi apabila musim kemasukan pelajar-pelajar dan sebab itulah ada kebanyakan pelabur memanggil musim panas dan musim sejuk pelaburan hartanah.

4. Radius 30 KM
Teknik ini boleh dipakai jika anda mahu mencari rumah untuk pelaburan di sekitar bandar besar seperti Kuala Lumpur. Radius 30-40 km merupakan radius yang baik untuk pelabur hartanah kerana jarak yang tidak terlalu jauh untuk penyewa atau pembeli mengunakan pengangkutan kereta mahupun motosikal. Ini kerana pengangkutan awam di Malaysia belum mencapai tahap memuaskan dan menyeluruh ke lokasi-lokasi di pinggir bandar besar.

5. Berhampiran Sekolah, Masjid dan Taman Permainan
Rata-rata pembeli rumah lebih gemar untuk membeli atau menyewakan rumah yang berhampiran dengan sekolah dan juga masjid/surau bagi yang beragama Islam. Ini kerana mereka lebih gemar persekitaran yang memudahkan anak-anak mereka berjalan kaki ke sekolah.

6. Pengangkutan Awam
Memang tidak dapat disangkal, hartanah yang berhampiran dengan laluan LRT ataupun laluan cadangan MRT bakal memberikan nilai hartanah yang tinggi jika dimiliki. Cuba bandingkan harga hartanah yang berdekatan LRT pada ketika tahun 2008-09 dan tahun 2013. Anda pasti terkejut.

7. Harga di bawah Pasaran
Sudah tentu anda akan dapat keuntungan jika anda beli hartanah di bawah harga pasaran. Bak kata Donald Trump, hartanah anda telah mendapat keuntungan ketika saat anda membuat transaksi pembelian pada ketika itu. Jadi cari hartanah di bawah harga pasaran.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: