Langgan newsletter kami!
acne pimples jerawat girls
acne pimples jerawat girls

Petua Terbaik Menghilangkan Parut Jerawat

Jerawat boleh menjadi masalah yang mengganggu keperibadian seseorang dan menyebabkan mereka malu serta berkeyakinan rendah. Kebiasaannya masalah jerawat banyak berlaku di kalangan remaja yang disebabkan oleh proses perubahan hormon dalam diri. Namun begitu, orang dewasa juga sebenarnya tidak terkecuali daripada masalah jerawat jika ianya tidak dikawal dengan baik.

Banyak jerawat boleh hilang selepas tempoh matang tetapi ada juga jerawat yang akan meninggalkan kesan parut di muka. Walaupun kebanyakan parut jerawat akan pudar atau hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan, namun ada juga yang akan meninggalkan kesan parut yang besar dan mendalam.

Secara realistiknya, anda tidak akan dapat menghilangkan parut jerawat dalam satu malam tetapi ubat-ubatan, produk kecantikan, rawatan dan petua-petua penjagaan kulit yang digariskan di bawah ini mungkin boleh menghasilkan perbezaan ketara selepas anda mencubanya. Anda hanya perlu mengenalpasti kaedah yang betul dan sesuai untuk jenis kulit anda.

 

Petua Hilangkan Parut Jerawat

Berikut ada beberapa petua untuk menghilangkan parut dan bekas jerawat di muka yang boleh anda praktikkan.

1. Toner Jus Lemon Segar
Lemon sangat bersifat asid (rasa masam) dan ianya mengandungi kandungan Vitamin C yang sangat tinggi. Ia mengandungi ciri-ciri pelunturan kulit semula jadi dan boleh membantu memudarkan parut jerawat anda dengan sangat berkesan. Di samping itu, ia juga boleh membantu mencegah radikal bebas pada kulit dan menjadikan kulit lebih cantik. Cara menggunakannya ialah dengan mengambil jus lemon dan campurkan dengan air suam sedikit. Kemudian serap menggunakan kapas lembut dan letakkan kapas di permukaan kulit muka. Pastikan anda bersihkan muka terlebih dahulu. Biarkan jus lemon tadi kering di atas kulit. Ulang langkah ini tiga kali sehari sehingga anda nampak kesannya. Perlu diingat, anda perlu lembapkan kulit muka dengan segera selepas membasuh bahagian yang disapu jus lemon itu kerana asid sitrik dalam lemon boleh mengeringkan kulit.

2. Skrub Baking Soda / Soda Penaik
Baking soda atau soda penaik adalah bersifat alkali (rasa pahit) dan ia biasanya bersaiz kecil dan lembut. Sifat ini membolehkan baking soda ini sangat berkesan untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan mengelupaskan kulit dan memudarkan parut jerawat tanpa menjengkelkan kulit. Untuk menggunakannya, campurkan 1 sudu teh baking soda bersama dua sudu teh air sehingga ianya manjadi lembut seperti ubat gigi. Dengan perlahan, usap cairan tersebut di permukaan kulit muka dalam bentuk bulatan kecil. Tumpu dan fokuskan pada kawasan berparut, selama lebih kurang dua minit. Kemudian, bilas muka anda dengan air suam dan lapkan kulit sehingga kering.

3. Daun Aloe Vera
Pokok aloe vera ialah bahan semula jadi dari tumbuhan yang boleh digunakan untuk melegakan banyak jenis kesakitan, seperti luka melecur, luka berdarah mahupun parut jerawat. Aloe vera membantu memudakan dan melembapkan kulit wajah serta menggalakkan parut jerawat untuk pudar. Anda boleh membeli produk aloe vera di kedai ubat atau farmasi tetapi yang paling baik dilakukan ialah membeli pokok aloe vera dan gunakan pati daripada daunnya yang dipatahkan. Pati seperti gel ini boleh disapu terus ke atas parut dan tidak perlu dibersihkan. Untuk rawatan parut yang lebih intensif, anda boleh campurkan setitis dua minyak pokok atau daun teh.

4. Terapi Urine
Urine atau air kencing telah digunakan sejak beribu tahun dahulu sebagai alat untuk mengurangkan kemerahan dan menstabilkan kesihatan kulit. Urine sangat sesuai untuk menghilangkan bekas parut jerawat. Untuk mengaplikasikannya, serap air urine yang anda buang di waktu pagi kemudian tekapkan ke muka anda. Kemudian biarkan urine tersebut kering dan seterusnya basuh muka anda selepas 15 minit. Mungkin terapi urine ini dianggap kotor dan kurang sesuai bagi sesetengah orang namun ianya banyak diamalkan di negara-negara eropah dan amerika sejak dahulu lagi.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: