Langgan newsletter kami!

Saintis Jumpa Kaedah Baharu Rawat Penyakit Autisme

SYDNEY – AUSTRALIA. Saintis di Australia meneroka satu rawatan percubaan dengan kaedah semburan hidung bagi merawat pesakit autisme di mana ia menunjukkan kesan positif terhadap tahap peningkatan respons dan kesedaran.

Versi sintetik yang diperbuat daripada Oxytocin atau juga dikenali sebagai ‘hormon cuddle’ akan membolehkan pengidap autisme untuk menjadi lebih bersosial malah ianya juga telah terbukti mempunyai keputusan luar biasa.

Oxytocin to Cure Autism

Saintis daripada Pusat Otak dan Minda Universiti Sydney, Profesor Adam Guastella yang merupakan ketua projek berkenaan memaklumkan bahawa ujian sebelum ini telah terbukti amat memberangsangkan sehingga kini.

“Keputusan yang kita perolehi dalam ujian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak itu memberikan kesan lebih responsif dan kesedaran maklumat sosial yang amat penting dalam sesebuah perhubungan.

“Mereka seolah-olah dapat mengingati maklumat dengan lebih berkesan,” katanya.

Gangguan spektrum autisme dan autisme adalah istilah umum bagi kumpulan kompleks gangguan yang menjejaskan perkembangan otak.

Ia diperincikan dengan pelbagai peringkat kesukaran dalam interaksi sosial secara lisan dan bukan lisan.

Christine Blue yang merupakan bapa kepada Hayden, pengidap autisme ketika berusia dua tahun memaklumkan bahawa anaknya telah menjadi pesakit bagi rawatan perubaan itu.

“Hayden gembira dimasukkan ke dalam kumpulan penyelidik itu, dia tidak pergi bersendirian malah matanya juga lebih baik. Pergaulan sosialnya dengan orang lain juga semakin baik. Kaedah baru ini juga dipercayai dapat digunakan untuk merawat keresahan dan keadaan saraf,” katanya.

Selain daripada itu, Profesor Guastella memaklumkan bahawa sekiranya semua berjalan lancar, kajian itu akan dapat digunakan secara komersial dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sumber: Daily Mail

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: