Langgan newsletter kami!
Pemuja Rahsia (TV3)

Telefilem Pemuja Rahsia (TV3)

Selepas menjadi fenomena dengan drama bersiri Kampung People, Hun Haqeem kembali menghiasi kaca TV anda melalui sebuah telefilem menarik berjudul Pemuja Rahsia. Telefilem ini juga mengetengahkan Intan Najuwa, Rita Rudaini dan Haliza Misbun sebagai pelakon.

Ia diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Zeel Production. Telefilem ini akan bersiaran melalui Slot Cerekarama TV3 pada hujung minggu ini, jam 10.00 hingga 12.00 malam. Selamat menonton!

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 28 Mac 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 10.00 – 12.00 malam
  • Stesen TV: TV3
  • Slot: Cerekarama
  • Pengarah: Riza Baharudin
  • Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun, Fiza Thomas

Sinopsis Pemuja Rahsia (TV3)

Adam merupakan pelajar kolej yang semakin popular. Dia baru sahaja menjuarai satu pertandingan debat antara kolej. Adam juga amat gemarkan sukan larian dan seringkali menyertai pelbagai marathon.

Hawa, gadis berusia sebaya dengan Adam dan juga merupakan jiran Adam. Hawa sudah lama menyukai Adam, dek kerana satu peristiwa 18 tahun lalu, keluarga Adam dan keluarganya berkelah bersama dan Adam telah menyelamatkan Hawa daripada lemas. Bagi Hawa dia memang tercipta untuk Adam. Meskipun begitu, Hawa dan Adam tidak pernah bercakap. Hawa seperti seorang gadis yang pelik dan janggal. Dia suka membisu, gemarkan warna hiam, mekap yang pelik dan sukakan muzik.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: